Annapurna Base Camp : Christmas 2015 - PART 6
11:42 AMBertemu kembali. Betapa nyenyaknya tidurku di Lower Sinuwa. Sampai tak terasa kedinginan sepanjang malam. Aku kelemasan dalam sleeping bag ada la. Sampai terpaksa buka sleeping bag. Glove pun tak pakai. Aku rasa bermalam di Lower Sinuwa kurang sejuk sebab guest kami ni dibina daripada kayu. Kalau dekat Ghandruk tu tembok batu. So tips berguna kepada korang, kalau risau kesejukan di waktu malam, silalah pilih guest house yang diperbuat daripada kayu, menghangatkan kediaman pada waktu malam.
Jam 4:30 AM bangun dari tidur yang lena aku dihadiahkan dengan tekak yang perit bersama bibir yang kering. Pakai lip balm pun tak jalan. Tapi masih ok lagi. Bersiap-siap, kemas apa yang patut angkat beg dan turun ke ruang makan.
Harini ini aku saja tukar selera, maka aku pesan muesli with milk. Apa tu muesli? Muesli ni campuran oat yang belum diproses bersama kekacang dan buah buahan kering. Sedap boleh tahan, rangup sampai aku dah nak habis baru perasan aku tak ambil gambar makanan tu. Tapi yang tak bestnya susu dia pakai susu apa tah. Manis. Kalau makan dengan susu fresh mesti sedap. Mmmmm...
![]() |
Kusyuk sungguh rakan hikers saya ni menikmati sarapan beliau. |
![]() |
Sambil bersarapan tu, sambil kita menghayati pemandangan subuh pagi di banjaran Himalaya ni. Rasa nak bersara dan menghabiskan sisa-sisa hidup dekat sini je. Tapi nak sampai sini tu azab sikit. |
Jikalau semalam kami bergerak dari Ghandruk pada jam 8.20 AM sehingga menyebabkan kami terpaksa berkejar masa takut sampai ke Lower Sinuwa lewat malam, kali ini kami bergerak lebih awal. Tepat jam 7:00 AM kami memulakan hiking kami. Route kami hari ini adalah seperti berikut:
HIKING DAY 4
Lower Sinuwa - Upper Sinuwa - Bamboo - Dovan - Himalaya - Deurali
Kalau kami sempat, kami akan teruskan perjalanan tidur di Machapuchre Base Camp (MBC) tapi tengoklah macam mana nanti. Dari Lower Sinuwa ke Upper Sinuwa ni boleh tahan juga. Awal-awal pagi dah kena mendaki. Takdelah jauh sangat pun dalam 1 jam dari Lower Sinuwa ke Upper Sinuwa. Dalam perjalanan tu, boleh pulak terserempak dengan seekor keldai yang berdiri kaku di tengah trek. Terkedu kejap. Dahla keldai tu hitam, besar pulak. Tak tahu nak buat apa. Kononnya cuba buat bising dengan mengetuk kayu hiking aku supaya dia beredar dari trek. Tak jalan. Trek tu dahla kecik je. Sebelah gaung, sebelah lagi tebing yang agak curam. Aku try nak cross trek tu dengan memanjat tebing tu, tapi bila tengok keldai tu kaku, aku rasa boleh je aku lari cepat-cepat ke depan supaya dia tak tendang aku. Yes plan aku berjaya. Rupanya keldai tu tengah tido berdiri. Siol. Faisal pulak gigih panjat tebing tu. Nasib baik tak jadi apa-apa. Hehe. Dari Upper Sinuwa kami teruskan perjalanan menuju ke Bamboo.
![]() |
Mendaki di siang hari dari Lower Sinuwa ke Upper Sinuwa. |
![]() |
Pemandangan dari Guest House Upper Sinuwa. If only kami sempat sampai ke Upper Sinuwa semalam. Mesti best dapat menikmati pemandangan pagi macam ni sebaik saja bangun t |
![]() | ||
Teruskan mendaki. Anda pasti berjaya..
|
![]() |
Sekejap naik, sekejap turun. |
![]() | ||
Turun lagi..
|
![]() | ||||||||||
Siap ada ray of light lagi di balik gunung tu!
|
![]() |
Sampai di Bamboo! Pemandangan di Bamboo kurang menarik kerana terlindung dengan gunung ganang yang besar. Tiada apa yang menarik. |
![]() |
Memanjat naik pun bermula. |
![]() |
Melalui jambatan pula. |
Setelah merakamkan video di atas, punyalah bersemangat Faisal bercerita, tanpa kami sedar, rupanya.....
Begitulah. Penat sangat punya pasal. Sesampainya kami di Dovan, sempat kami makan tengahari. Disebabkan kami akan meneruskan perjalanan sehingga ke Deurali, maka kami hanya makan mi segera bagi mengalas perut yang sedang lapar.
![]() |
Sampai sudah Dovan. Dovan agak cantik. Tempat ni macam baru je renovate sebab nampak sangat kemas dan bersih. Disebabkan musim winter, beberapa guest house akan ditutup secara bergilir kerana ia adalah kerana off season, so tak ramai hikers datang. Aman! |
![]() |
Salah satu guest house di Dovan. |
![]() |
Melalui trek hutan menuju Himalaya. |
![]() |
Kemudian anda akan menyaksikan pemandangan seperti ini. |
![]() |
Melintasi air terjun. Kelihatan sebahagian daripada air terjun sudah mulai membeku. |
Akhirnya, tepat jam 4:30 PM kami sampai ke Deurali. Disebabkan dah penat, kami bercadang nak bermalam di sini saja. So kami tak akan bermalam di MBC. Lagipun perjalanan dari Deurali ke Annapurna Base Camp hanya mengambil masa kira-kira 4-5 jam perjalanan. Esok kami ada masa yang panjang untuk mendaki secara santai. Check in New Panorama Guest House. Deurali kurang cantik juga pemandangan sekeliling kerana guest housenya menghadap gaung yang sangat tinggi dan terdapat tanah dan ais yang dah runtuh. Malam tu boleh dengar bongkah ais jatuh. Seram. LOL,
![]() |
Sampai sudah Deurali. |
![]() |
Kamar tidur kami untuk malam ini di Deurali. |
![]() |
Dhal Bhat for dinner. Tak berapa sedap la sini. Kuah dhal pun cair. Macam curah air je atas nasi. Takpa, telan je. |
Nanti aku cerita. Sekian.
![]() |
Ini hotel guest house kami di Deurali. |
UPDATE: BACA KISAH SELANJUTNYA DI SINI
2 Komen Pedas