BACKPACKING MEDAN 4H3M DENGAN BAJET RM300. (DAY 4 - Final)
9:39 AMSambungan cerita backpacking aku di bumi Medan hari ke-4 iaitu hari terakhir.
Click sini untuk membaca Trip Medan Hari ke-3
![]() |
Hari mendaki Gunung Sibayak |
Pukul 05:00 kami dah bersemangat nak mendaki Gunung Sibayak. Sebelum kami memulakan ekspidisi, sarapan dulu ada yang patut. Baik sungguh penjaga Wisma Sibayak, bangun pagi-pagi masakkan kami breakfast (bukan free ya). Sedap, roti dengan telur mata bersama dua sosej. Alhamdulillah.
Tepat jam 05:30 pagi, van KAMA yang akan membawa kami ke checkpoint Gunung Sibayak tiba. Terus kami masuk ke dalam van. Perjalanan mengambil masa setengah jam berikutan keadaan jalan yang agak mencabar. Sebelum tiba di checkpoint pertama, pendaki diharuskan berhenti di sebuah pos untuk mendaftar kemasukan dan membayar entrance fees.
Harga entrance fees masuk ke Gunung Sibayak hanyalah Rp 4000. Seterusnya perjalanan disambung ke checkpoint pertama dan kami mulakan pendakian.
Daftar nama anda dan bayar Rp 4000 sebelum hiking ke puncak Gunung Sibayak |
![]() |
Inilah van KAMA yang kami naik untuk sampai ke checkpoint pertama. |
![]() |
Memulakan pendakian kami. Pada awal pendakian masih ada jalan tar. Agak mencabar bagi mereka yang jarang hiking, cepat mengah. |
![]() |
Keadaan yang jalan yang basah kerana hujan lebat malam semalam. |
![]() |
Anda juga boleh camping di tapak perkhemahan yang disediakan. Terdapat warung-warung kecil untuk anda beristirehat. |
![]() |
Beberapa pendaki local sedang melepak di tapak perkhemahan mereka. |
![]() |
Selepas tapak perkhemahan tersebut, bermulah trek tanah merah pula. Trek agak basah dan berlumpur. Pastikan pakai kasut yang sesuai. |
![]() |
Mari mendaki ! |
![]() |
Berlatar belakangkan Gunung Sinaung. |
![]() |
Inilah Gunung Sinabung, lihat asap yang keluar dari kawah gunungnya. |
![]() |
Pendakian menuju ke puncak Gunung Sibayak. Laluan yang visible tanpa anda perlu mengupah guide. |
![]() |
Anak-anak muda tempatan juga turut serta mendaki Gunung Sibayak |
![]() |
Pemandangan sepanjang trek Gunung Sibayak |
![]() |
Pemandangan di atas Gunung Sibayak |
Nak tahu apa yang ada di atas Gunung Sibayak ni? Di tengah-tengahnya terdapat kolam sulfur yang sangat sejuk. Celupkan kaki anda, terasa macam celupkan dalam kolam ais. Dan juga ada asap sulfur yang seperti dihembus dengan kuat dan bunyinya sangatlah bising. Overall, Gunung Sibayak ni adalah gunung yang mudah didaki tanpa perlu mengupah guide. Treknya pun senang nak nampak. Tak mungkin sesat melainkan anda pandai-pandai buat route baru. Kami tiba di puncak pada pukul 08:30 pagi, sempatlah ambil-ambil gambar atas puncak tu. Ok satu tips yang boleh aku bagi, kalau nak naik Gunung Sibayak, better naik awal pagi, bermakna pukul 4 pagi ke 6 pagi. Kalau naik pukul 4 am anda bolehlah menikmati sunrise di atas Gunung Sibayak. Jangan naik lewat sangat contohnya pukul 7 am kerana bila tiba di puncak gunung, awan dah mula berkepul di atas, jadi tak nampak apa.
Jika anda datang Medan, memang patut jadikan Gunung Sibayak sebagai salah satu destinasi pilihan. Merasalah juga panjat volcano. Selepas setengah jam mengambil gambar dan menghayati keindahan Gunung Sibayak, jam 09:00 am kami mulakan turun semula ke checkpoint pertama tempat kami mulakan pendakian.
Mari sambung tengok gambar-gambar selebihnya.
![]() |
Inilah kolam sulfur di tengah Gunung Sibayak ni. Sejuk weh. |
![]() |
Pose sikit. |
![]() |
Sungai sulfur yang mengalir di celah-celah gunung Sibayak |
Jam 10:45 am kami tiba di Wisma Sibayak, dengan seluar dan kasut yang dah penuh lumpur, masuk bilik, mandi dan berehat sebentar. Jam 12:00 turun ke cafe untuk lunch. Sebelum kami check-out, sempat kami ucapkan selamat jalan kepada owner Wisma Sibayak serta Sandra dan Tedrik. Mereka berdua akan stay satu lagi hari di Wisma Sibayak kemudian berangkat ke Bukit Lawang. Manakala kami akan pulang ke Kuala Lumpur.
Jam 12:45 kami check out dan berjalan kaki 200 meter ke stesyen (tak nampak macam stesyen pun, nampak macam pasar) dan cari Bus Borneo yang akan bergerak ke Padang Bulan, Medan. Tiket bas berharga Rp 13,000 seorang.
![]() |
Haaa ini landmark Berastagi. Kalau anda nampak kobis gergasi ni bermakna anda dah sampai Berastagi. Wisma Sibayak betul-betul di depan tugu kobis ni. |
![]() |
Pemandangan Wisma Sibayak dari gate. |
![]() |
Haaa inilah contoh bus Borneo yang dimaksudkan. Interesting dan fancy kan? Dengan harga hanya Rp 13,000 anda boleh pergerak dari Berastagi ke Medan dengan aman. Sumber gambar: Google |
![]() |
Ini pula keadaan dalam bas Borneo. Seat kecil, sempit. Nasib baiklah cuaca dekat luar tu redup. Kalau tak, jadi BBQ duduk dalam ni. |
![]() |
Tugu kedua di Berastagi. |
Kenapa kami ke Carrefour Medan? Kerana sini adalah hub Damri Bas ke airport Kuala Namu. So kami tiba di Carrefour pada pukul 15:30 pm, lepak-lepak pusing Carrefour Medan yang agak crowded kemudian isi perut apa yang patut. Jam 17:00 pm kami naik Damri bas untuk ke airport. Sengaja kami sampai awal ke airport sebab nak berehat selepas seharian hiking dan menempuh perjalanan yang panjang. Kami tiba di airport pukul 18:00 pm, lepak-lepak dan dinner buat kali terakhir di bandar Medan. Jam 21:25 flight Air Asia kami menuju KLIA2 berlepas dan tiba di Kuala Lumpur 23:55 pm dengan jayanya.
Jadi overall kos untuk hari ke-4 di Medan adalah seperti berikut:
Breakfast: Rp 15,0000
Van KAMA return journey: Rp 40,000 seorang
Entrance fees Gunung Sibayak: Rp 4000
Air mineral 1.5L: Rp 6000
Lunch @ Wisma Sibayak: Rp 30,000
Bus Borneo: Rp 13,000
Beca ke Carrefour Medan: Rp 40,000/2 orang (seorang Rp 20,000)
Damri Bus: Rp 15,000
Dinner @ airport: rp 30,000
Airport tax Medan: Rp 200,000
TOTAL DAY 4: Rp 373,000
Summary kos untuk keseluruhan trip:
DAY 1: Rp 50,000
DAY 2: Rp 212,000
DAY 3: Rp 325,000
DAY 4: Rp 373,000
TOTAL KESELURUHAN: Rp 960,000 ground cost termasuk airport tax.
Overall, trip Medan ni adalah antara trip yang paling murah dan kami merasa pelbagai jenis penngangkutan bermula dari beca, bas henti-henti, bas besar, bas kecil, feri, motor, train je belum. Medan was amazing. Ada tempat yang kami tak sempat pergi lagi kerana kekangan waktu. Barangkali di lain waktu jika ada rezeki lagi ke sana contohnya seperti Kolam Abadi dan Air Terjun Warna.
Jadi kepada sesiapa nak full itinerary yang lebih lengkap, anda boleh click link Box di bawah ni untuk download dalam format Word, jadi anda boleh edit mengikut kesesuaian perjalanan anda.
DOWNLOAD TITNERARY MEDAN 4H3M DI SINI
Maka tamatlah kisah trip Medan aku. Tunggu updates seterusnya, perjalanan menjelajah Jawa Timur yang mengasyikkan !
ps: Trip Medan aku ni terjadi pada 22 Oct hingga 25 Oct 2014. Mungkin terdapat sedikit perubahan harga dari segi pengangkutan selepas trip ini. Harap maklum.
3 Komen Pedas