BACKPACK MEDAN 4H3M DENGAN BAJET RM300. (DAY 3)
3:11 AMSelepas terperam berkurun lamanya, marilah aku sambungkan cerita kembara aku di bumi Medan ni.
Sebelum tu, kalau nak baca kisah mengembara di kota Medan, sila click link ini.
Hari ke-3 kami masih di Pulau Samosir. Pukul 06:30 bangun tidur, santai-santai menikmati udara segar di Pulau Samosir dan sunrise di balkoni bilik. Sangat tenang. Dah mandi, kami turun sekejap untuk jalan-jalan dan breakfast dekat Rumah Makan Islam depan main entrance Carolina Cottages ni dan ambil-ambil gambar dekat sekitar hotel.
![]() |
Penghayati pemandangan pagi yang nyaman dan tenang di balkoni bilik di Carolina Cottages. |
![]() |
Inilah blik kami. Terletak di tinggi sikit. So takdelah orang lalu lalang depan bilik. Rp 90,000. Cukuplah untuk kami berteduh. |
![]() |
Menghayati pemandangan Danau Toba yang menenangkan dari Carolina Cottages. Luas sungguh ! |
![]() |
Jernih pula tu. Air dia pun nyaman. Kalaulah kami ada lebih banyak masa, dah aku terjun masuk ke dalam tasik ni! |
![]() |
Jadilah...bolehla nanti letak caption-caption deep dekat Instagram. |
Tunggu punya tunggu akhirnya pukul 12:00 ferry pun sampai menjemput kami. Lega rasanya. Kos pengangkutan ferry Rp 10,000/seorang dan mengambil masa 40 minit untuk tiba di Jeti Tiga Raja.
Sebetulnya berdasarkan itinerary, kami patut naik ferry pukul 07:00 kerana kami nak naik charterad taxi ke Berastagi. Since bangun pun dah lambat, ferry pun dah terlepas, kami buntu sekejap bagaimana nak sampai ke Berastagi at the same time melawat Air Terjun Sipiso-piso. Maka sampai je kami di Jeti Tiga Raja, kami terus ke kantor yang menguruskan pengangkutan dari Danau Toba ke Berastagi. Katanya chartered taxi dah Berangkat. Sedih aku dengar. Kebetulan pada masa yang sama, ada couple Malaysian yang nak sewa mobil untuk ke destinasi yang sama. Maka kami bercadang untuk berkongsi sewa mobil dan perjalanan dari Danau Toba ke Berastagi ni agak lama juga hampir 5 jam. Dan kami juga berkesempatan berhenti sekejap di Air Terjun Sipiso-piso dan lunch di sana.
Kos sewa Avanza termasuk supir dan petrol adalah Rp 600,000/4 orang. Maka Rp 150,000 seorang. Entrance fees untuk masuk (tengok je pun) adalah Rp 5000/orang.
![]() |
Jadi inilah dia Air Terjun Sipiso-piso. Airnya turun mencurah seperti pisau yang jatuh ke bumi. Maka ia dinamakan Sipiso-piso |
![]() |
Dari jarak dekat. Sebenarnya boleh turun ke bawah. Tapi kami tak ada masa yang banyak dan rasa malas nanti nak naik semua. So kita lihat saja dari atas. Haha. |
Setelah menempuh perjalanan yang berliku, bangun tidur bangun tidur, akhirnya kami sampai di Berastagi. Kami berdua pilih untuk menginap di Sibayak Guest House. Berdasarkan Tripadvisor, Wisma Sibayak paling recommended antara semua hotel murah di Berastagi. Asalnya kami nak booking online, tapi kami tak tahu dengan siapa kami nak hubungi. Dalam Booking dan Agoda tak tersenarai, email Wisma Sibayak pun macam tak terjawab. Maka kami gamble, walk-in sahaja.
Bila berbual dengan penjaga Wisma Sibayak ni yang juga diuruskan oleh sebuah keluarga, baru kami tahu yang mereka ni buta IT. Nak guna komputer agak lambat sikit. Begitu rupanya. Tapi tak mengapa, kerana kedatangan kami adalah untuk mendaki Gunung Sibayak pada keesokan harinya. Aku dah excited.
![]() |
Inilah Wisma Sibayak. Bilik kami di tingkat 1 paling kanan. |
Masuk bilik, mandi, golek-golek atas katil, terus buat kira-kira, nilah perbelanjaan kami untuk trip Medan hari ke-3 (harga total seorang):
Breakfast di Rumah Makan Islam, Pulau Samosir: Rp 20,000
Feri menyeberang ke Jeti tiga Raja: Rp 10,000
Sewa Avanza ke Berastagi: Rp 150,000
Entrance fees Air Terjun Sipiso-piso: Rp 5000
Lunch di Sipiso-piso: Rp 20,000
Check in Wisma Sibayak: Rp 200,000/night (seorang Rp 100,000)
Dinner: Rp 20,000
TOTAL DAY 3: Rp 325,000 seorang.
Maka malam tu kami berehat kerana esok pagi nak hiking kan. Tiba-tiba hujan lebat turun malam tu. Aku dah risau dah macam mana lah esok hari dengan licin lagi kan, tawakkal saja. Maka hari ke-3 kami selesai dengan jayanya. Esok adalah hari kemuncak kami di puncak Gunung Sibayak. Nantikan sambungannya !
0 Komen Pedas