Annapurna Base Camp : Christmas 2015 - PART 7
8:16 AMBertemu kembali. Rajin tak rajin aku kena juga habiskan cerita ke Annapurna Base Camp ni kalau tak nanti lupa macam mana nak cerita pada cucu cicit. So selepas seharian hiking dari Lower Sinuwa sampailah ke Deurali, nyenyak juga tidur dekat Deurali ni sebab dah penat sangat. Kalau nak baca kisah sebelumnya, sila CLICK LINK INI.
Tahukah anda, disebabkan kami pergi pada low season, jadi hanya kami je yang bermalam kat situ. Punyalah sunyi. Ahaks. So bolehlah memekak malam semalam sebab bilik kiri dan kanan takde orang.
Bermalam di Deurali agak ok. Walaupun lantai bilik dekat Deurali tu berlantaikan batu. Bangun pagi jam 5:30 AM, terus aku masuk bilik air. Yang tak seronoknya bilik air dekat sini, ada lubang udara yang terbuka. Besar pulak tu. So bila angin bertiup tu masuk dalam bilik air. Tak guna la ada hot shower kalau angin dari luar masuk macam ribut. Sejuk nauzubillah. Pasrah dan cekalkan hati, siram cepat-cepat sampai naik biru tangan, pakai baju dan terus masuk bilik. Itulah pengalaman mandi dekat Himalaya ni.
Jam 6.00 kami dah ready dekat ruang makan untuk bersarapan. Excited harini sebab harini adalah hari untuk menjejakkan kaki ke Annapurna Base Camp. Rasa macam tak percaya dah nak sampai dah akhirnya. Bersyukur segalanya dipermudahkan. 7:30 AM kami dah mulakan pendakian kami. Route kami hari ini adalah seperti berikut:
![]() |
Dari Deurali menuju MBC anda akan melalui tepi sungai. Deras sungainya. Bising. |
![]() |
Rumput-rumput dah mulai kekuningan. |
Perjalanan dari Deurali ke MBC mengambil masa kira-kira 1 jam sentengah ke dua jam. Machapuchare Base Camp pun cantik juga pemandangannya. Boleh tengok dengan lebih dekat gunung sekelilingnya seperti Fishtail, Himchuli, Annapurna South, Annapurna I & III, Annapurna Fang, Tent Peak, Ganga Purna, Gandarbachuli dan Glacier Dome. Ada 3 guest house yang buka, lagi dua tutup mengikut giliran. So kami berehat sekejap dekat guest house yang tutup tu sebelum menyambung perjalanan kami ke ABC.
![]() |
Sampai sudah di MBC. |
![]() |
Rumput emas. |
![]() |
Awesome. |
![]() |
Cantik weh. Tak menyesal datang sini hujung bulan Disember. Nasib baik takde salji. Kalau ada salji ni putih je semua ni. Silap haribulan langit pun tak nampak sebab kabus tebal. |
![]() |
Berehat sebentar di MBC. |
![]() |
Pemandangan gunung-gunang dari Machapuchare Base Camp. |
![]() |
Perjalanan terasa panjang. Tapi melihatkan pemandangan yang dapat dinikmati sepanjang perjalanan ni, terasa sangat bersyukur dapat sampai ke sini dengan selamat. |
![]() |
Indahnya. |
![]() |
Nampak tak bumbung-bunbung biru bawah tu? Tu MBC. |
![]() |
Majestic. |
![]() |
Jauh perjalanan kami. Sebak kejap. |
![]() |
Sungai dah jadi ais. |
![]() |
Panas ni. 2 jam kot perjalanan. Macam berjalan dekat padang pasir, tapi ni atas gunung ganang. 2 in 1. Sejuk + Panas. Terpaksa cari tempat berlindung sekejap sebelum menyambung perjalanan. |
![]() |
Kering |
![]() |
Ais. |
![]() |
Hampir ke situ. |
![]() |
Rumput-rumput terbakar. Ini bukan fenomena semulajadi. Sebaliknya sherpa-sherpa ni bakar certain kawasan sekitar laluan ke ABC. Tak tahu la kenapa. |
![]() |
Pemandangan di hadapanku. |
![]() |
Pemandangan di belakangku |
![]() |
Yeah we made it! |
![]() |
Salah beli sebenarnya bendera tu. Aku ingatkan kecik je saiz 1 meter. Rupanya bila buka dalam plastik tu, besarnya boleh buat selimut. |
![]() |
Sini tempat kami menginap. Ada 4 guest house di Annapurna Base Camp. |
![]() |
Puakalicious. |
![]() |
Puakalicious PART 2 |
![]() |
Ais! Malas pakai kasut. Wahahaa. |
![]() |
Ruang makan dekat Annapurna Guest House. Makan dekat ABC ni mahal-mahal. Sepinggan Dhal Bhat Rs.500 (RM20). So kalau nak jimat, bawa la Maggi/Roti ke apa makanan yang boleh mengenyangkan korang ye. |
![]() |
![]() |
Hampir senja dah. |
![]() |
Golden hour in Annapurna Base Camp! |
![]() |
Malam dah. |
![]() |
I just want to sit back and watch the sun goes down. |
Dah tengah malam pun aku masih belum tidur lagi. So aku keluar bilik untuk menjenguk keadaan dekat luar. Weh tak sejuk! Ala-ala sejuk dekat Cameron je. Langit malam tu clear sangat. Dengan bulan dan bintang yang terang benderang menerangi pemandangan gunung ganang sekeliling. Sunyi dan seram sekejap. Pelik juga takde sorang pun keluar. Petang tadi semua bukan main lagi sorang demi seorang keluarkan DSLR masing-masing ambil gambar sunset, tengah malam tu takde orang nak ambil gambar. Sedih. Lagi sedih, DSLR yang mengmbil gambar kami jatuh tergolek beberapa saat sebelum melangkah masuk dalam bilik dekat ABC ni. Tak pecah apa, cuma tak boleh hidup lagi. Barangkali itulah riwayat terakhirnya, di Annapurna Base Camp. So gambar aku pegang bendera dekat signboard ABC tu adalah gambar terakhir yang ditangkap oleh DSLR tu. Epic. Huhu.
Dah sampai akhirnya di ABC. Begitulah pengalaman kali pertama aku tidur di Annapurna Base Camp. Hari berikutnya bagaimana? Nanti aku sambung. Sekian.
7 Komen Pedas