Annapurna Base Camp : Christmas 2015 - PART 7

8:16 AM

Bertemu kembali. Rajin tak rajin aku kena juga habiskan cerita ke Annapurna Base Camp ni kalau tak nanti lupa macam mana nak cerita pada cucu cicit. So selepas seharian hiking dari Lower Sinuwa sampailah ke Deurali, nyenyak juga tidur dekat Deurali ni sebab dah penat sangat. Kalau nak baca kisah sebelumnya, sila CLICK LINK INI.

Tahukah anda, disebabkan kami pergi pada low season, jadi hanya kami je yang bermalam kat situ. Punyalah sunyi. Ahaks. So bolehlah memekak malam semalam sebab bilik kiri dan kanan takde orang.

Bermalam di Deurali agak ok. Walaupun lantai bilik dekat Deurali tu berlantaikan batu. Bangun pagi jam 5:30 AM, terus aku masuk bilik air. Yang tak seronoknya bilik air dekat sini, ada lubang udara yang terbuka. Besar pulak tu. So bila angin bertiup tu masuk dalam bilik air. Tak guna la ada hot shower kalau angin dari luar masuk macam ribut. Sejuk nauzubillah. Pasrah dan cekalkan hati, siram cepat-cepat sampai naik biru tangan, pakai baju dan terus masuk bilik. Itulah pengalaman mandi dekat Himalaya ni.

Jam 6.00 kami dah ready dekat ruang makan untuk bersarapan. Excited harini sebab harini adalah hari untuk menjejakkan kaki ke Annapurna Base Camp. Rasa macam tak percaya dah nak sampai dah akhirnya. Bersyukur segalanya dipermudahkan. 7:30 AM kami dah mulakan pendakian kami. Route kami hari ini adalah seperti berikut:

HIKING DAY 4
Deurali - Machapuchare Base Camp (MBC) - Annapurna Base Camp (ABC)

Dari Deurali menuju MBC anda akan melalui tepi sungai. Deras sungainya. Bising.

 
Rumput-rumput dah mulai kekuningan. 
Tekak hari ni dah sakit dah. Nak bercakap pun dah tak boleh sebab semalam aku dah melalak tengah-tengah gunung kuat-kuat sampai rosak kotak suara. So harini, Faisal macam hiking dengan orang bisu. Aku communicate dengan dia pakai bahasa isyarat je. Tak larat nak bercakap, nanti sakit tekak. Dan berdasarkan research aku, takde sorang pun nasihatkan bawak ubat sakit tekak. So aku salahkan research! Haha. Maka berlajarlah dari pengalaman, lepas ni kalau nak datang sini, bawa Fisherman's Friend / Strepsils / Woods dari rumah!

Perjalanan dari Deurali ke MBC mengambil masa kira-kira 1 jam sentengah ke dua jam. Machapuchare Base Camp pun cantik juga pemandangannya. Boleh tengok dengan lebih dekat gunung sekelilingnya seperti Fishtail, Himchuli, Annapurna South, Annapurna I & III, Annapurna Fang, Tent Peak, Ganga Purna, Gandarbachuli dan Glacier Dome.  Ada 3 guest house yang buka, lagi dua tutup mengikut giliran. So kami berehat sekejap dekat guest house yang tutup tu sebelum menyambung perjalanan kami ke ABC.

Sampai sudah di MBC.
Rumput emas.
Awesome.
Cantik weh. Tak menyesal datang sini hujung bulan Disember. Nasib baik takde salji. Kalau ada salji ni putih je semua ni. Silap haribulan langit pun tak nampak sebab kabus tebal. 
Berehat sebentar di MBC.
Pemandangan gunung-gunang dari Machapuchare Base Camp.




Hampir satu jam berehat di Machapuchare Base Camp, kami sambung lagi menuju destinasi utama kami, iaitu Annapurna Base Camp! Tak sabar dah kaki nak melangkah ke sana. Perjalanan dari MBC menuju ABC mengambil masa 2 jam. Jam menunjukkan pukul 11:00 AM, tak sedar dah hampir ke tengahari. Kami segera bergerak. Dalam pada tu, kepala rasa pening-pening, dan tekak pula terasa perit. Tapi aku tak berapa hiraukan sebab keindahan banjaran Himalaya ni buat kau tak fikirkan benda lain, selain berdiri tegak dan melihat gunung-ganang yang sangat tinggi di sekeliling kau.

Perjalanan terasa panjang. Tapi melihatkan pemandangan yang dapat dinikmati sepanjang perjalanan ni, terasa sangat bersyukur dapat sampai ke sini dengan selamat.
Indahnya.
Nampak tak bumbung-bunbung biru bawah tu? Tu MBC. 
Majestic.
Jauh perjalanan kami. Sebak kejap.

Sungai dah jadi ais.
Kami mulakan hiking dari MBC ke ABC pada pukul 11:00 AM. Dalam pertengahan perjalanan tu hanya Tuhan je yang tahu betapa panasnya tempat ni. Dah tengahari kan, matahari tegak atas kepala. Dahla di ketinggian 4000+- meter. Panasnya bukan setakat panas biasa, teriknya tu ibarat mengigit kulit. Kadang kala sejuk juga. Dari sinilah aku mula terfikir, ada baiknya aku bawa payung sebagai hiking pole aku. At least sebelah tangan berguna sebagai hiking pole, sebelah tangan lagi untuk dijadikan payung. So readers, inilah tipsnya. Bawa payung! Tak pun, kalau tak bawa payung, bawa topi.





Panas ni. 2 jam kot perjalanan. Macam berjalan dekat padang pasir, tapi ni atas gunung ganang. 2 in 1. Sejuk + Panas. Terpaksa cari tempat berlindung sekejap sebelum menyambung perjalanan.
Kering
Ais.

Hampir ke situ.
Rumput-rumput terbakar. Ini bukan fenomena semulajadi. Sebaliknya sherpa-sherpa ni bakar certain kawasan sekitar laluan ke ABC. Tak tahu la kenapa. 
Pemandangan di hadapanku.
Pemandangan di belakangku
Kalau boleh, janganlah runshing nak sampai ke Annapurna Base Camp tu. Tak lari gunung dikejar. Nikmatilah pemandangan sepanjang perjalanan tu puas-puas. Bukan selalu dapat datang ke sini. cubalah berdiri di satu tempat, dan pusing 360 darjah. Macam syurga. Hanya ada kau, Tuhan dan gunung-ganang yang indah tu. Subhanallah. Tak boleh tak berhenti sebab gambar-gambar yang aku tunjuk ni tak terbanding dengan apa yang kau lihat dengan mata dan kepala sendiri. 

Jam 12:30 tengahari kami sampai ke signboard Annapurna Base Camp. Alhamdulillah! Dalam perjalanan tu tak perasan aku dibelakang aku diekori oleh seekor anjing yang cantik ni. Entah dari mana datangnya. Gebu-gebu anjing dekat Annapurna Sanctuary ni walaupun anjing jalanan. 


Yeah we made it!
Salah beli sebenarnya bendera tu. Aku ingatkan kecik je saiz 1 meter. Rupanya bila buka dalam plastik tu, besarnya boleh buat selimut. 
Selesai bergambar sepuas-puasnya. Tak boleh berhenti lama-lama, walaupun panas terik, kalau kita tak bergerak, terus jadi sejuk mengigil. Kami teruskan berjalan ke tapak base camp Annapurna tu. Dalam 15 minit perjalanan juga jauhnya. Walaupun daripada papan tanda ABC boleh nampak. Terus kami check-in Annapurna Guest House dan berehat dalam bilik. Cuaca di ABC ok. Langit cantik. Apa aktiviti aku dekat ABC? Menghayati je pemandangan sekeliling ABC ni. Indah tak terkata.

Sini tempat kami menginap. Ada 4 guest house di Annapurna Base Camp.

Puakalicious.
Puakalicious PART 2
Ais! Malas pakai kasut. Wahahaa.
Ruang makan dekat Annapurna Guest House. Makan dekat ABC ni mahal-mahal. Sepinggan Dhal Bhat Rs.500 (RM20). So kalau nak jimat, bawa la Maggi/Roti ke apa makanan yang boleh mengenyangkan korang ye.

Hampir senja dah.
Golden hour in Annapurna Base Camp!
Malam dah.
I just want to sit back and watch the sun goes down.
Bermalam dekat Annapurna Base Camp takdelah teruk mana. Sayangnya tak ramai yang tidur dekat sini. Maybe mereka fikir bulan Disember sejuk sangat atau aku je bernasib baik sebab cuaca dekat ABC memihak kepada aku. Hehe. Malam tu aku susah nak tidur, kepala pening, jantung berdegup kuat, sakit tekak lagi. Mulalah aku rasa tak sedap hati, jadi aku baca kembali risalah mengenai AMS yang aku ambil dekat Nepal Tourism Board kelmarin. And yes, AMS symptom! Pasrah aku, nak buat macam mana, takkan nak turun bawah tengah-tengah malam tu kan, so rehat sajalah atas katil. Ubat AMS (DIAMOX) lupa nak beli, sebab masa dekat Kathmandu dalam keadaan rushing sampai terlupa nak singgah farmasi. So aku ambil coklat Sneakers dalam bag dan makan supaya dapat melupakan pasal AMS ni.

Dah tengah malam pun aku masih belum tidur lagi. So aku keluar bilik untuk menjenguk keadaan dekat luar. Weh tak sejuk! Ala-ala sejuk dekat Cameron je. Langit malam tu clear sangat. Dengan bulan dan bintang yang terang benderang menerangi pemandangan gunung ganang sekeliling. Sunyi dan seram sekejap. Pelik juga takde sorang pun keluar. Petang tadi semua bukan main lagi sorang demi seorang keluarkan DSLR masing-masing ambil gambar sunset, tengah malam tu takde orang nak ambil gambar. Sedih. Lagi sedih, DSLR yang mengmbil gambar kami jatuh tergolek beberapa saat sebelum melangkah masuk dalam bilik dekat ABC ni. Tak pecah apa, cuma tak boleh hidup lagi. Barangkali itulah riwayat terakhirnya, di Annapurna Base Camp. So gambar aku pegang bendera dekat signboard ABC tu adalah gambar terakhir yang ditangkap oleh DSLR tu. Epic. Huhu.

Dah sampai akhirnya di ABC. Begitulah pengalaman kali pertama aku tidur di Annapurna Base Camp. Hari berikutnya bagaimana? Nanti aku sambung. Sekian.


You Might Also Like

7 Komen Pedas

Flickr Images

Subscribe