Annapurna Base Camp - Christmas 2015: PART 2

1:39 AM

Ke Nepal kita.
SAMBUNGAN KISAH KE ANNAPURNA BASE CAMP. CLICK SINI UNTUK MEMBACA KISAH SEBELUMNYA

Melaka - KLIA2
KLIA2 - Tvibuvan International Airport, Kathmandu Nepal
Kathmandu - Pokhara

Hari pertama kami bermula dengan menaiki bas dari Melaka Sentral ke KLIA2. Setahu aku hanya bas Transnasional je yang menyediakan perkhidmatan direct bus ke KLIA2 dari Melaka. Aku tak gemar sebenarnya bas Transnasional ni sebab bas dia buruk. Tapi takde pilihan lain, beli saja. Tiket berharga RM24.30 untuk perjalanan sehala dan mengambil masa 2 jam perjalanan.

Bas bergerak jam 6:30AM, dan tiba di KLIA2 pada jam 8:30AM. Kami sarapan kejap dan terus check-in. Masa dalam departure hall tu, hanya kami berdua je Malaysian rasanya. Yang lain semua Nepalese. Nak balik kampung agaknya. Pakai segak-segak macam businessman. Flight kami berlepas pada jam 11:50AM, masuk dalam pesawat, aku tertidur sebab semalaman tak tidur takut terlepas bas. Pukul 12:30PM aku terjaga, flight masih belum berlepas. Entah apa yang buat delay aku pun tak tahu. Maybe sebab cuaca kot? Alhamdulillah 12:45PM flight mula berlepas meninggalkan Malaysia tercinta.

Selfie sebelum flight berlepas.
Perjalanan mengambil masa kira-kira 4 jam. Aku dah kira dah awal-awal, kami ada masa hanya 4 jam di Kathmandu untuk uruskan permit dengan beli hiking gear sebelum bergerak ke bus station untuk naik night bus ke Pokhara. Disebabkan flight dah delay hampir 1 jam, kami hanya ada masa 3 jam saja! 3 jam itulah nak buat permit, 3 jam tu lah nak beli aksesori hiking segala. Atas flight aku doa harap semuanya berjalan lancar dan tak terlepas bas malam tu. Kalau tak, terpaksalah tidur dekat Kathmandu semalaman.

Kami sudah berada di ruang udara Nepal. Boleh dilihat dari atas pemandangan snow capped mountains. Tingginya gunung.

Pemandangan dari atas bandar Kathmandu.

Alhamdulillah, jam hampir 3:00PM waktu Kathmandu kami sampai ke Tribuvan International Airport dengan selamat. First impression? Dingin. Tapi at the same time panas yang kering. Bergegas kami berlari-lari anak turun dari pesawat dan masuk dalam airport. Sebab mengejar masa. Nasib baik aku dah buat visa dekat Malaysia awal-awal tak perlu aku nak beratur panjang untuk dapatkan Visa On Arrival (VOA). Dah banyak gila jimat masa dekat situ. Kami ambil masa tak sampai 10 minit sebaik mendarat di airport hinggalah keluar ke pintu keluar utama. Lancar!

Sampai sudah Tribuvan International Airport, Kathmandu Nepal

Tips #1: Kalau nak kira currency Nepal ke Ringgit secara kasar dalam otak, darab sahaja dengan 4. Contoh kalau harga Rs.1000X4 = RM40+- (Bukan RM4000 eh. If you know what I mean la) 

Perkara pertama yang kami buat, adalah tukar duit. Aku tak tukar duit banyak pun dekat airport ni, sebab caj dia tinggi berbanding tukar di Thamel Road. So aku hanya perlukan Rs.5000 (RM210+-) je untuk bayar tambang taxi dan bayaran buat permit. Selebihnya akan aku tukar dekat Thamel Road nanti.

Jadi destinasi pertama kami sebaik tiba di airport adalah Nepal Tourism Board. Kerana kami nak apply permit. Perjalanan mengambil masa kira-kira 15 minit dan kos taxi adalah di antara Rs.500-Rs.1000. Rs.1000 tu sebenarnya dah dikira terlalu mahal untuk perjalanan yang tak sampai 7km. Kalau korang boleh bargain, silalah bargain ye. Pastikan jangan bayar lebih daripada Rs.1000. Of course la mereka akan jadikan alasan krisis minyak sebagai punca taxi mahal. But yang penting silalah tawar menawar. Aku dapat Rs.800, end up aku bagi je Rs.1000 sebab katanya takde duit kecil nak pulangkan (yela tu kan). Takpelah, at least jadilah RM20 seorang. Rs.500-700 tu dah ok lah tu.

Sampai je Nepal Tourism Board (NTB), terus cakap nak apply TIMS Card dan ACAP. Pegawai yang uruskan permit ACAP baru je nak bersiap-siap untuk pulang, nasib kami baik sebab sampai awal sikit. Kalau tak, dah buang masa lagi. Apa yang korang perlu sediakan untuk apply TIMS Card dan ACAP permit adalah seperti berikut:
  • 4 keping gambar berukuran passport.
  • salinan passport
  • salinan insurans perjalanan (ini penting masa nak tulis details mengenai polisi insurans dekat form nanti)
  • bayaran untuk permit: TIMS Card, Rs.2000 & ACAP $20/Rs.2200)
Proses mengisi borang untuk apply TIMS & ACAP
Kepada yang terlupa nak bawa gambar saiz passport, pihak NTB juga ada menyediakan perkhidmatan mengambil gambar ekspress secara percuma. Jadi tak perlu risau kalau tak ada gambar. Proses untuk apply kedua-dua permit ini amatlah singkat, tak sampai 20 minit rasanya siap. 

Sebaik saja permit siap, anda akan diberi TIMS card dan dikepilkan bersama ACA Permit. Untuk individual trekkers, anda akan diberi TIMS Card berwarna hijau. Manakala trekkers yang datang melalui travel agency/group trekkers akan diberi TIMS Card berwarna biru. Harga TIMS bagi group trekkers adalah Rs.1000 manakala individual trekkers Rs.2000.
Selesai uruskan permit, kami berjalan kaki pula menuju Thamel Road. Sepanjang perjalanan tu, bolehla cuci mata melihat pemandangan masyarakat Nepal ni. Walaupun tengah sejuk tu, suasanya agak sesak dengan orang lalu lalang. Maybe baru pulang dari kerja. 30 minit berjalan kaki, kami sampai di area Thamel walaupun sesat sekejap. Yang penting kau kena rajinkan tanya orang ramai. Orang Nepal ramah. Tak makan orang pun. Aku tukar duit lagi Rs.30,000 (RM1250) dekat money changer. Duit ni la yang akan aku guna sepanjang aku dekat Nepal ni.

Pemandangan sekitar Thamel Road.

Welcome to chaotic Thamel Road.

Perkara pertama bila dah sampai Thamel ni, apa lagi, shopping hiking gear la. Thamel dan kawasan sekitarnya adalah syurga untuk para hikers untuk membeli peralatan hiking. Ada yang murah, ada yang mahal, ada yang harganya lebih kurang sama dengan harga dekat Sportsdirect. Dan Thamel Street juga tempat tumpuan pelancong. So kalau nak cari sourvenir, dekat Thamel juga. Perlu diingat, bukan semua peralatan hiking dekat Thamel ni original ya. Kebanyakannya adalah pelesu, itulah sebabnya harganya murah. Tapi bukan bermakna barangannya tak berguna. Kena tengok keadaan juga. Aku beli glove ada logo The North Face(Fake?), ingatkan bolehla panaskan tangan, last-last menyusahkan aku je. Sejuk satu hal, nak pegang barang pun susah sebab glove dia tebal. End up aku pakai wool glove je sepanjang hiking. Kadang-kadang tak pakai langsung.

Since aku dah ada seluar, jacket dan kasut hiking bawa dari Malaysia, aku hanya beli satu seluar hiking dan beberapa aksesori hiking yang lain serta sewa sleeping bag. Ingat nak beli je sleeping bag, tapi rasanya aku takkan guna kalau dekat Malaysia. Lebih-lebih lagi yang boleh tahan sampai suhu -20. Panas la kalau pakai dekat Malaysia. Maunya nanti mati lemas. Saiz pula boleh tahan besar. 1/3 backpack aku dah penuh dengan sleeping bag je. So better aku sewa je.

Kos membeli barang-barang untuk hiking aku adalah Rs. 6750 (RM280). Antara barang-barangnya:
  • 1X hiking pants: Rs.3500
  • TNF Snow cap: Rs.1000
  • 1X Columbia hiking socks: Rs. 250
  • TNF Waterproof Glove: Rs.1200
  • 1X Wool glove: Rs.200
  • 1X Wool socks: Rs. 400
  • Gaiters: Rs. 200
Kemudian kami masuk satu kedai rental sleeping bag ni. Since winter, kami pilih untuk sewa sleeping bag -20 Gore-Tex. Tuan kedai tu caj Rs.150/day dan minta deposit tak silap aku Rs.30,000 sebagai rental deposit untuk 2 orang. Again, ini bergantung kepada negotiation korang. Nego punya nego, dia bagi Rs.15,000 sebagai rental deposit untuk 2 sleeping bag. Wang akan dikembalikan lepas kau pulangkan sleeping bag dia. Yes. Selesai 

Nanti aku akan tulis satu post mengenai benda yang perlu dan tak perlu untuk dibawa hiking ke Annapurna Base Camp ye. Harap bersabar.

Shopping punya shopping, tak sedar jam dah menunjukkan pukul 6:10PM. Masa tu dah gelap dah macam pukul 8PM dekat Malaysia. So cepat-cepat kami cari taxi untuk ke New Bus Park. Perjalanan mengambil masa dalam 10 minit. Kos taxi dari Thamel Road ke New Bus Park should be less than Rs.500. Sampai je New Bus Park, kami terus tanya orang yang lalu lalang area New Bus Park tu mana bus ke Pokhara. Jalan punya jalan, ternampak kaunter yang terceruk tepi bus station tu. Dekat papan satu apa tak faham sebab semuanya tulisan bersimpul (Nepal). So pergi kaunter, cakap nak pergi Pokhara, dia akan tunjuk nak pergi kaunter yang mana. 

Pemandangan di kaunter tiket bas di New Bus Park Kathmandu

Alhamdulillah bas masih ada. Ingatkan dah bergerak. So cepat-cepat beli tiket dan masuk dalam bas. Tiket berharga Rs.400 (RM16) sorang. Oklah tu kan jimat transport, jimat hotel sebab tidur dalam bas. Cepat-cepat duduk dalam bas sambil backpack dipangku atas riba. Tak berani aku nak letak atas, tergolek atas jalan nanti. Huhu. Beberapa minit kemudian, sekitar jam 7PM bas pun bergerak. Alhamdulillah hari pertama berjalan dengan lancar biarpun flight delay. 

Bumpy ride sepanjang perjalanan. Malang sungguh nasib rasanya sebab aku pilih tempat duduk yang betul-betul atas kepala aku speaker radio. Manalah aku perasan. Dah duduk tu, malas pulak aku nak tukar tempat, sama je, tetap akan dengar juga. Maka sepanjang perjalanan dari Kathmandu ke Pokhara, kami didendangkan dengan lagu berbahasa Nepal tanpa sepatah haram pun aku faham. Ni samalah masa naik bus dari Berastagi ke Medan dulu. Sepanjang perjalanan tu dengar lagu dangdut sampai berdegup kencang jantungnya sebab speaker dekat seat belakang aku. LOL. Dahla driver dekat Medan tu bawa macam nak terbalik bas, turun gunung pulak tu, pasrah jela. Ajal dan maut ditangan Tuhan kan. Maka duduk diam-diam dan terlelaplah aku diulit dengangan lagu Nepal tersebut. Speaker pula bukan buka jenis perlahan eh, aku rasa di buka full blast. Macam nak pekak dengar lagu Nepal ni. 

Inilah bas yang akan membawa kami ke Pokhara. Selagi boleh sumbat, disumbat. Entah apa yang diletak di tengah laluan tu, penuh dengan  kotak. Ini belum tengok dekat atas bas lagi. Entah apa yang dipunggah atas bas aku pun tak tahu. Apakah yang bakal terjadi seterusnya? Sama-sama kita nantikan.

Bersambung.


You Might Also Like

0 Komen Pedas

Flickr Images

Subscribe