Backpack Medan 4H3M Dengan Bajet RM300. (DAY 2)

4:36 AM


Day 2 : Medan City to Samosir Island, Danau Toba

Sarapan kami untuk hari ke-2 di Medan. Nasi Goreng Pataya dan Ayam Penyet. Kenapa sarapan macam ni? Sebab lepas ni kami akan berjalan jauh. So nak jimatkan masa. Kita makan dulu! Yang bestnya dekat Kepulauan Sumatera ni, nasi goreng dia ada variasi. Nasi Goreng Pataya, Nasi Goreng Kampung, Nasi Goreng Ayam etc. Tak macam di Kepulauan Jawa seperti bahagian Jogjakarta, hanya ada 2, iaitu Nasi Goreng Manusia (Biasa) dan Nasi Goreng Setan (Super Pedas). LOL. Bajet untuk sarapan adalah Rp.40,000.

Subuh jam 05:00 kami dah bangun pagi bersiap-siap. Jam 06:00 turun bawah untuk breakfast di café Residence Hotel sekejap, check-out kemudian naik bentor untuk ke Terminal Amplas. Nak naik bentor (becak + motor = bentor) , di sebelah Residence Hotel tu pasti ada bentor yang menunggu pelanggan. Usah khuatir, bentor ada dimana-mana di Medan. Dari Residence Hotel ke Terminal Amplas mengambil masa selama 15 minit sahaja. Kos dari Residence Hotel ke Terminal Amplas dalah Rp.25,000 untuk satu bentor. 

Inilah rupa bentor kami naik. Bayangkanlah dua orang saiz besar naik benda ni. Macam tin sardin. Dahlah dia bawak scary. Jalan one way boleh suka hati je lawan arus. Berbeza dengan Yogyakarta, sini tak ikut peraturan. Hon pun gaya Malaysia. Haaahaahaa

Pasar pagi di Medan. Macam kena kitai dek orang. Aku dah terbayang dah deorang ni gaduh-gaduh nak kutip sayur tu. Sampai hancur. LOL

BERSEPAH! Itulah yang dapat diluahkan tatkala penulis melihat pemandangan ini. 

Alahai, jatuh motor pulak Cik Kiah ni! Habis tergolek. Kesian dia, nak tolong, tapi bentor kami taknak berhenti. Huhuhu. Drama sekejap.
Inilah rupa Terminal Amplas di Medan.
Jam 06:45 kami dah berada di Terminal Amplas. Sekali tengok terminal ni aku ingatkan pasar besar Selayang. Rupanya terminal bas. Huuhuu. Untuk ke Danau Toba, Parapat dari Medan menaiki bus, anda ada 4 option.

Option pertama sewa mobil sendiri la, biasanya rate dari Medan ke Parapat adalah Rp.550,000 - Rp.700,000 (Toyota Avanza) siap minyak dan supir. Kalau dari airport Kuala Namu, boleh book mobil di kaunter. Kebaikan sewa mobil sendiri anda ada masa yang banyak untuk singgah banyak tempat dan tak berkongsi dengan orang lain. Tapi ongkosnya tinggi sikit la. Dan ia bertolak ikut masa anda.

Option kedua naik chartered taxi / shared taxi (Toyota Avanza), anda bayar per seat saja. Harga dari Medan-Perapat sekitar Rp.80,00 - Rp.120,000. Kebaikkannya seat yang lebih selesa, ada aircond dan lebih menjimatkan masa daripada naik bus. Keburukannya, anda kena tunggu kereta penuh, baru mereka berangkat. Kalau anda jenis bawa beg besar, anda kena pangku / beli lagi satu seat. Then kadang-kala driver sengaja taknak bukak air cond maybe sebab nak jimat minyak dan kadang-kadang ada yang merokok dalam kereta. Dan yang paling tak best, kalau semua seat penuh, dahla ruang kecil, perjalanan 4 jam pulak. So terpulang kepada citarasa masing masing.

Option ketiga adalah naik kereta api. Dari Stasiun Keretapi Medan, turun ke Stasiun Siantar. Kemudian naik beca / jalan kaki ke depan France Bakery Siantar, di sebelahnya ada bus yang akan ke Parapat. Perjalanan dari Siantar ke Parapat adalah satu jam. Kebaikknya sebab naik kereta api, so lebih selesa. Tapi satu hari hanya ada satu waktu berangkatnya, iaitu pukul 13:00. So, bila sampai Parapat ngam-ngam pukul 19:00. Itu last ferry, kalau sampai lambat? Haa tak sempat nak seberang pulau Samosir.

Option keempat adalah dengan naik bus. Dari Medan ke Parapat, perjalanan mengambil masa selama 5 jam. Bus ni bukan bus ekspres, tak ada aircond dan boleh merokok sesuka hati. Harga hanya Rp.32,000 seorang. Jadi kami pilih option keempat sebab nak berjimat seboleh yang mungkin untuk pengangkutan dan nak juga merasa advanture sikit. Hehe. 



Bas Sejahtera, pengangkutan dari Medan ke Parapat. Kos Rp.32,000.

Keadaan dalam bas Sejahtera, takde aircond but its ok!

Kami sampai Terminal Amplas pukul 06:45, terus naik bus dan dalam pukul 07:15 bas dah mula bergerak. Dalam perjalanan selama 5 jam tu, macam ragam manusia yang turun naik bus, yang nak pergi kerja, yang macam rempit, ada yang bawa ayam hidup, tikar, mop, penyapu, dan ada yang angkut motor naik bus lagi. Memang menarik betul pada yang suka tengok culture orang lain ni. Panas tu oklah juga, tapi tingkap dia bukak, so tak panas sangat. Bila dah sampai Siantar, dah start sejuk dah. No worries. Kalau taknak kena asap rokok, duduklah seat depan sebab depan makcik makcik je. Tapi serius la lebih berbaloi lah dari naik chartered taxi tu. Space lebih besar, dan murah. Beza perjalanan satu jam je. Kalau anda tak kesuntukan masa, saya rekomen naik bas je. Senang!

Pasar di Parapat, depan Jeti Tiga Raja. Macam pasar bundle. Coli pun ada jual bundle. Huhee.

Jam 12:00 tepat sampai di Parapat, kami diberhentikan betul betul di depan Jeti Tiga Raja. Alhamdulillah sampai juga! Terus kami ke jeti, dan tunggu feri untuk menyeberang ke Pulau Samosir.

Jadual perjalanan feri dari Jeti Tigaraja ke Tuk Tuk

Jadual perjalanan feri dari Jeti Tigaraja ke Tomok


Perjalanan untuk menyeberang dari Jeti Tiga Raja mengambil masa selama 40 minit. Kos untuk naik feri adalah Rp.10,000 seorang. Ada yang kena bayar Rp.15,000 tu aku tak tahu la, maybe hotel punya feri kot (private ferry). Berdasarkan research aku, Feri dari Jeti Tigaraja ni Rp.10,000. Kalau lebih tu maknanya kena pau lah kot. LOL. Senang senang je kan deorang ni nak kelentong tourists.

Feri yang akan kami naik. Kalau nak ke Carolina Cottages di Tuk Tuk, naiklah feri warna hijau ini ya!

Pemandangan Danau Toba dari atas feri
Hotel sebelah Carolina Cotteges. Iaitu The Samosir Villa & Resort.
Di Pulau Samosir, kami akan menginap di Carolina Cottages. Berdasarkan review di Tripadvisor, Carolina Cottages ni memang best. Sebab lokasinya sangat strategik sebab boleh tengok keliling Danau Toba ni. So, kalau nak ke Carolina Cottages, anda boleh beritahu captain feri untuk turunkan depan Carolina Cottages. Kebanyakan hotel yang ada dekat Pulau Samosir ni ada jeti masing-masing. 

Dah sampai Carolina Cottages!
 Selepas 40 minit atas feri, kami sampai ke destinasi kami untuk hari ini iaitu Carolina Cottages! 
Sekitar Carolina Cottages. Di belakang tu chalet chalet di Carolina Cottages ni. Seeakan rumah tradisi Batak. Maaf atas pose yang tak keterlaluan itu.

Cafe Carolina Cottges yang menghadap tasik Danau Toba
Ringkasan mudah tentang Danau Toba, Danau Toba ni sebenarnya sebuah supervlcano yang dah meletus 77,000 tahun yang lalu. Kemudian terbentuklah sebuah tasik di dalam kawah gunung berapi ini yang menjadikan ia sebuah tasik dalam gunung berapi terbesar di dunia. Cuaca dekat sini macam dingin walaupun ada matahari. Nyaman je. Aku sebenarnya tak expect pun Medan ni best sangat, tapi bila dah sampai Medan ni kan, seronok pula. Sebab yang paling best, MURAH GILA.


Dah Samosir Island! Samosir Island adalah pulau dalam pulau. Yelah Sumatera ni kan pulau, so Pulau Samosir ni dalam Pulau Sumatera.

Kami sampai Carolina Cottages pukul 13:15. Terus kami check in. Aku book direct melalui website Carolina Cottages, dia ada beberapa jenis bilik, nak yang bilik depan tasik, atas bukit, deluxe, family, pilih je. So aku book yang jenis atas bukit, Economy Hill 2, so boleh nampak tasik dari atas. Harganya hanya Rp.90,000. Dalam bilik ada dua katil dengan attached bathroom dan juga balcony. Bilik ni takde kipas/aircond sebab cuaca dekat Danau Toba ni pun dah cukup sejuk waktu malam. Besar juga biliknya. Memang puas hati !


Inilah bilik kami untuk malam kedua di Carolina Cottages, Samosir Island, Danau Toba!


Jiran kami di bilik atas lagi.
Dah letak barang dalam bilik, berehat sekejap. Then pukul 14:30 kami keluar bersiar-siar dalam Pulau Samosir ni naik motor. Kos menyewa motor dekat Carolina Cottages ni adalah Rp.85,000/sehari (8 jam). Dia beri motor include minyak penuh. Sebenarnya boleh dapat murah lagi. Rupanya depan entrance Carolina Cottages ni ada kedai sewa motor. Maybe kat situ lagi murah. Ada yang aku check, boleh dapat Rp.70,000 sehari. Since dah naik atas motor dah. Jalan sajalah. Boleh juga kalau taknak sewa motor, boleh sewa basikal.

Dalam Pulau Samosir ni ada beberapa tempat menarik boleh dikunjungi, seperti Muzium Batak, Ambaritha, Tomok etc. Kami skip semua tu. Sudahla tengok kubur-kubur, makam, kuil ni semua. Muntah dah. Jadi kami terus ke Simpang Tele. Dekat Simpang Tele tu seperti menara tinjau yang boleh tengok seluruh Danau Toba dari atas. Lokasi Simpang Tele ni dah keluar dari pulau, dekat dengan Pangururan. Perjalanan dari Carolina Cottages ke Simpang Tele lebih kurang 65KM++. Gila? Memang gila la, sebab ni bukan highway. Kalau macam highway PLUS takpa juga. Huuuuuu. Redah jelah.



Kerbau ada dimana-mana. Barangkali kerbau ni menjadi simbol kebanggaan si pemiliknya.

Pemandangan Danau Toba. Besar gila.


Signboard ke kerusi batu peninggalan nenek moyang kaum batak.


Gereja ada di mana-mana dalam Pulau Samosir ni. Selang sepuluh tapak berjalan, ada lagi gereja. Macam satu rumah, satu gereja agaknya.

Kubur kaum Batak. Biasanya ia ditanam di sebelah rumah. Saiz kubur pun besar-besar. Ada yang saiz sebesar rumah pun ada!


Suasana dalam perjalanan ke Simpang Tele

Kami sampai di Parguguran pukul 17:30. Time tu dah hujan dah mula turun. Punyalah jauh Tele ni dari Carolina. Malangnya kami hanya sampai di Hotspring Parguguran saja, since dah nak hujan, dan hari pun dah gelap, just bersiar-siar jelah dekat kawasan Parguguran tu, tak ada rezeki nak naik Tele. Wuuu maybe next time. 

Dalam perjalanan balik pula, inilah aktiviti naik motor paling mencabar dalam hidup aku. Hari dah gelap, hujan lebat pulak tu, cuaca dekat Danau Toba ni dahla dingin, sepanjang jalan nak balik dari Pangururan ke Carolina Cottages lampu jalan boleh dikira dengan jari. Dengan lori dan van dia bawak macam pelesit. Haish seriau je jalan. Dalam perjalanan balik tu terfikir fikir aku pasal AIA, Prudential, Takaful Ikhlas. Hahaha tak tahu kenapa! Jalan slow-slow je dalam hujan + dingin tu. Akhirnya sampai jugak ke Carolina Cottages pukul 21:00 camtu. Sumpah taknak repeat lagi aktiviti bawak motor dalam gelap ni. Tapi best la, sebab ada unsur-unsur advanture gittchuww.

Dah sampai di Carolina Cottages, kami tak masuk bilik dulu, pergi makan dekat warung makan muslim dekat depan Carolina Cottages ni sekejap. Of koslah kena makan, dah satu hari tak makan kan, last makan dekat masa breakfast dekat Residence Hotel Medan pagi tu. Dengan basah kuyup, lencun satu badan, masuk kedai order la makan. Time tengah masuk tu adalah satu family Malaysia ni dah habis makan, terus keluar menonong je tak bertegur. Macamlah kau dekat negara jauh sangat kan, senyum pun takde. Khinzierrrrrr.

Maka lepas makan, balik bilik, mandi then tidur la! Jadi total cost yang dah terguna untuk harini adalah:

Breakfast di Residence Hotel: Rp.40,000/orang
Bentor dari Residence Hotel ke Terminal Amplas: Rp.25,000/2 orang
Bas Sejahtera ke Jeti Tigaraja : Rp.32,000/orang
Ferry ke Samosir Island: Rp.10,000/orang
Carolina Cottages: Rp.90,000/2 orang
Sewa motor: Rp.85,000/2 orang
Dinner: Rp.30,000/orang
TOTAL DAY 2 : Rp 212,000 seorang.

You Might Also Like

1 Komen Pedas

Flickr Images

Subscribe