Aku dan Atkins

12:00 PM

Insomnia melanda. sekarang dah pukul 2.30AM. Aku tak dapat nak lelapkan mata. Entah apa yang aku fikirkan aku pun tak tahu. Anyway, blog aku dah berwajah baru. Masih dalam mode menghias lagi. Nak letak link social media etc.

Sebenarnya aku nak cerita sesuatu. Aku sekarang dah mulakan Atkins diet sejak 1 September 2015. Sekarang dah masuk 3 October 2015. Bermakna dah sebulan lebih la kan? So semalam aku pergi timbang since selama sebulan Atkins ni, aku memang tak timbang langsung. Aku amalkan timbang sebulan sekali sebagai element of surprise. Saja menggedik.

Sepanjang aku mengamalkan Atkins, aku banyak makan di rumah. Masak la maksudnya. Dan memang aku tak sentuh langsung nasi, tepung, gula, air manis dan benda-benda lain yang tak lulus Atkins. At the same time, aku amalkan setiap hari, at least aku akan allocate masa aku selama 1jam untuk workout. Antara workout yang aku buat adalah jenis HIIT workout atau lebih dikenali dengan High Intensity Interval Training. Uddin la yang memperkenalkan aku dengan workout ni, makin lama workout ni jadi ketagih. Sebab dia menjimatkan masa. Kau workout 30 minit pun dah lencun satu badan.

Ada juga masa yang aku tak buat workout, aku pergi hiking Bukit Beruang. 2 jam masa yang diambil nak hiking dalam Bukit Beruang tu. Alhamdulillah setakat ni, dah 9 kali aku turun naik Bukit Beruang tu. Aku target by the end of 2015, aku dah 20 kali naik Bukit Beruang.

Back to Atkins yang aku amalkan. Sebelum Atkins, berat aku 115Kg. Aku rasa masa raya 2015 lagi berat, 120Kg. Jadi nak dekat pertengahan bulan Ogos aku berazam nak kurus. Penat dah jadi gemok. Masa tu aku tak amalkan Atkins ni, aku just workout je, makan nasi tu biasa-biasa, tak banyak tak sikit. Kadang-kadang ganti dengan oat je. Jogging bagai nak rak, panjat Bukit Beruang seminggu tiga kali, lepas tiga minggu aku cubalah timbang, 3Kg je turun. Aku macam frust juga.

Then Uddin cakap, something wrong dengan cara pemakanan aku. 3Kg untuk 3 minggu tu lambat gila turun. So dia suggest aku amalkan Atkins. Maka 1 Sept 2015, aku start buat atkins secara serius. Dan amalkan HITT tu dan juga hiking. Selepas sebulan, semalam aku timbang, aku macam tak percaya. Berkali-kali juga aku naik penimbang tu, aku fikir penimbang tu rosak. Terkedu sekejap. Nak tahu sebab apa?

Ini result selepas sebulan amalkan Atkins.
Daripada 115 kg sebulan yang lepas, sekarang berat aku 102 kg. Aku susut 13 kg wei ! Aku pun macam terkejut gila. Tak sangka hard work paid ! Sebenarnya berdasarkan tinggi aku, berat ideal aku adalah 62 kg. Aku target sebelum akhir tahun ni aku turun 20 pun cukup la. Tapi memandangkan result bulan pertama ni macam best, aku upkan kepada 30 kg. Insyallah. Semoga dipermudahkan. Aku tahu lepas ni kadar susut berat badan akan menjadi semakin sukar, jadi aku kena bekerja lebih keras untuk capai goal aku!

Nak jadi sado wei raya tahun depan ! Gambar? Tunggu la dah sado nanti eh. So sesiapa yang nak amalkan Atkins diet tu, aku ucapkan all the best, We can do it ! Ke arah menjadi sihat dan sado. Insyallah. So marilah sambung balik tido. Till then, bye !



You Might Also Like

0 Komen Pedas

Flickr Images

Subscribe