Handphone Hilang

10:15 AM

Sesuatu yang menyedihkan bila benda yang tiap-tiap hari kau pegang, tiba-tiba lesap dari pandangan mata begitu sahaja. Handphone Lumia 920 aku hilang. Tak sampai setahun guna, dah dimaling orang. Kurang asam betul. Aku doakan orang yang guna handphone curi tu cedera parah sebab handphne tu meletup.

Ceritanya begini, Khamis haritu aku ada appointment dekat Menara Mara yang baru tu. Dah habis appointment, aku masuklah tandas nak buat investment sekejap. Dalam tengah buat investment tu, aku mainlah handphone sekejap. Then aku letak lah dekat para dinding. Biasanya macam dekat tandas R&R ada, macam tempat letak barang tu. Dah selesai siap-siap, aku carilah handphone. Kiri kanan aku cari, TAKDA. Aku puas fikir, takkanlah aku tertinggal sebab tak sampai seminit tadi aku main handphone. Check dalam bag, TAKDA. Aku yakin sangat handphone tu ada baru je letak tak sampai seminit! Aku pasrah jelah. Keluar dari tandas, mood dah takde dah. Aku syak ada toyol yang ambil. Confirm. Check sebelah, ada kesan tapak kasut dekat atas para tu. Jijik bodoh!

Balik rumah, terus aku tukar semua password Fb, Twitter, OneDrive, Insta, Windows, Gmail. Sebab semua password tu aku letak dalam handphone. Risau nanti dia buat dajal ke apa, nak nak email. Nasib baik semua notes dan gambar-gambar yang aku snap dah backup dalam OneDrive, kalau tak handphone hilang dangan segala benda dalam tu lesap. Contact number kawan-kawan and client pun hilang. Wuuu cedih. Dalam perjalanan balik rumah, aku dah terfikir-fikir nak beli handphone apa. Xperia Z2 kot. Tah. Tengoklah nanti yang mana berkenan dengan bajet dan keperluan. Selamat tinggal handphoneku. Semoga kau meletup di tangan owner baru kau. :(


Bersama GAM Hafiz Razak dengan pose gaya MLM. Muda-muda dah jadi GAM. Im so inspired. Gambar memang tak ada kena mengena dengan tajuk artikel. Tapi gambar ni diambil dengan handphone aku yang hilang tu. RIP.


P/S: Dalam jamban pun nak mencuri. Punyalah terdesak, nak duit cepat agaknya sanggup skodeng orang sebab nak mencuri. Nak salahkan sapa ni? Tsk tsk


You Might Also Like

0 Komen Pedas

Flickr Images

Subscribe