Annapurna Base Camp - Christmas 2015: PART 3

9:56 AM

SAMBUNGAN KISAH KE ANNAPURNA BASE CAMP. CLICK SINI UNTUK MEMBACA KISAH SEBELUMNYA

Nak tahu tak macam mana keadaan dalam bas malam yang kami naik tu? Click video bawah ni untuk experience sikit keadaannya. Mesti rasa excited nak try. Pendek je video ni, 30 saat je. Click untuk tengok.


Haaa dah tengok kan? Best? Sebenarnya takdelah teruk sangat bas ni. Cumanya bas dia agak usang la sebab ini pengangkutan utama rakyat Nepal travel dari Kathmandu-Pokhara-Kathmandu. Seburuk-buruk bas yang aku naik ni, selesa lah juga kerusi dia kalau nak dibandingkan dengan kerusi flight AAX yang aku naik untuk sampai ke bumi Nepal ni. Seat AAX takboleh adjust. (selama ni boleh ke? Tak perasan pulak). Dalam perjalanan tu, pada pukul 12:30 tengah malam, adalah bas singgah 30 minit dekat R&R. Tak tahu kat mana, dah tak kisah dah. Janji aku sampai Pokhara dengan selamat. Haha. Nasib baik ada kedai makan Muslim dekat R&R tu. Disebabkan aku tak makan sejak berangkat dari Melaka Sentral lagi, maka aku pesanla dekat Dhal Bhat dengan kari ayam. Jadi inilah makanan Nepal pertama aku selepas 18 jam travel dari Melaka Sentral!

Makanan tradisi Nepal pertama aku, Dhal Bhat. Sedap kot. Yang hitam belah kanan tu kari ayam katanya. Sedap juga. 

Selesai makan, lepas setengah jam, bas pun start enjin semula dan bergerak ke destinasi seterusnya. Tahukah anda, jarak perjalanan dari bandar Kathmandu ke bandar Pokhara hanyalah kurang daripada 150KM? Hampir atau sama jaraknya seperti Kuala Lumpur ke Melaka! Jadi macam mana masa perjalanan boleh jadi sampai 11 jam ni? Entahlah. Barangkali disebabkan keadaan muka bumi Nepal ni yang bergunung-ganang dan berlubang sana sini itu yang menjadi punca utama. 

Punca lain pula yang membuatkan bas malam ni lambat sampai sebab dia loading dan unloading barang-barang atas bas ni. Mereka akan berhenti di beberapa buah tempat untuk memunggah barang-barang kemudian sambung perjalanan ke destinasi seterusnya. Kadang-kadang tu ambil masa sampai satu jam. Aku dah tertidur, bangun balik pun bas belum bergerak lagi. Hehe. Sabar jelah. Murah kan. Tapi aku tak kisah pun, sebab it's a part of my journey. Kalau tak, takde benda yang aku nak cerita dalam blog nanti. Best kot naik bas-bas tempatan ni, at least boleh tahu macam mana lifestyle orang tempatan ni. 

So bangun tidur, bangun tidur, sampailah kami di Pokhara pada jam 630AM. Sebenarnya aku tak sure dekat bahagian Pokhara mana yang dia berhentikan kami. Tapi disebabkan dia dah jerit, semua suruh turun sebab dah sampai Pokhara, aku assume tu Baglung Bas Park la (bas station dekat Pokhara). Saksikan video 11 saat pemandangan sekitar tempat bas ni berhenti. This will help you imagine macam mana keadaan tempat tu bila sampai in future.


Sampai sudah Pokhara!
Lepas turun dari bas tu, punyalah lega. Aman sekejap. Kami punggah backpack kami dekat bus stop berdekatan untuk tunggu pula bus ke Nayapul. Lepas dah punggah tu, dok tanya-tanya la orang area situ mana satu bas nak ke Nayapul, sebab ada beberapa bas yang sedang menunggu penumpang di tepi jalan. Masa tu masih kecerahan langit masih samar-samar. Tapi orang dah mula lalu lalang dekat bus station tu. Ada yang nak pergi kerja, ada yang nak pergi sekolah, ada yang dah mula mengangkut barang-barang meniaga untuk dijual di pasar berdekatan.

Suasana sekitar perhentian bas.
Kaunter membeli tiket bas di Pokhara.
Berdasarkan bertanyaan aku dengan orang yang lalu lalang dekat situ, kalau nak pergi Nayapul dari Pokhara, kena naik bas route Baglung - Beni. Bas akan mula berangkat bermula pada pukul 7AM. Macam mana nak tahu bas yang mana satu? Conductor bas akan jerit "Baglung Beli!". Haa naiklah bas tu, cakap nak turun dekat Nayapul. Kalau tak tahu juga, mintalah orang-orang berdekatan untuk tunjukkan bas yang mana satu ye. Orang Nepal ramah belaka.

Rehat sebentar sementara menunggu bas ke Nayapul. Bas akan lalu depan bus stop ni dan jerit "Baglung Beni!"
Bas Baglung-Beni dah sampai, so kami naik la menuju ke Nayapul. Perjalanan mengambil masa kira-kira 90 minit - 2 jam. Kos perjalanan dari Pokhara ke Nayapul adalah Rs.150 perkepala. Biasalah, public bus, kau takyah expect macam bas Rapid pulak ye. Selepas hampir 2 jam dalam bas, akhirnya kami sampai ke Nayapul pada jam sekitar 10AM. Sinilah bermulanya perjalanan kami menuju Annapurna Base Camp. Apa yang berlaku selepas itu? Nanti aku cerita di posting yang berikutnya. Tunggu!


UPDATE: BACA SAMBUNGAN SETERUSNYA DI SINI

You Might Also Like

0 Komen Pedas

Flickr Images

Subscribe