Annapurna Base Camp : Christmas 2015 - PART 6

11:42 AM

SAMBUNGAN KISAH KE ANNAPURNA BASE CAMP. CLICK SINI UNTUK MEMBACA KISAH SEBELUMNYA 

Bertemu kembali. Betapa nyenyaknya tidurku di Lower Sinuwa. Sampai tak terasa kedinginan sepanjang malam. Aku kelemasan dalam sleeping bag ada la. Sampai terpaksa buka sleeping bag. Glove pun tak pakai. Aku rasa bermalam di Lower Sinuwa kurang sejuk sebab guest kami ni dibina daripada kayu. Kalau dekat Ghandruk tu tembok batu. So tips berguna kepada korang, kalau risau kesejukan di waktu malam, silalah pilih guest house yang diperbuat daripada kayu, menghangatkan kediaman pada waktu malam.

Jam 4:30 AM bangun dari tidur yang lena aku dihadiahkan dengan tekak yang perit bersama bibir yang kering. Pakai lip balm pun tak jalan. Tapi masih ok lagi. Bersiap-siap, kemas apa yang patut angkat beg dan turun ke ruang makan.

Harini ini aku saja tukar selera, maka aku pesan muesli with milk. Apa tu muesli? Muesli ni campuran oat yang belum diproses bersama kekacang dan buah buahan kering. Sedap boleh tahan, rangup sampai aku dah nak habis baru perasan aku tak ambil gambar makanan tu. Tapi yang tak bestnya susu dia pakai susu apa tah. Manis. Kalau makan dengan susu fresh mesti sedap. Mmmmm...

Beginilah rupa muesli with milk tu. Tinggalnya dia tak bagi aku berries tu la. Sedap. tapi disebabkan susu dia manis, jadi muak pula. Kalau makan dengan air kosong je pun dah sedap dah. Gambar cilok dekat Google.
Kusyuk sungguh rakan hikers saya ni menikmati sarapan beliau.
Sambil bersarapan tu, sambil kita menghayati pemandangan subuh pagi di banjaran Himalaya ni. Rasa nak bersara dan menghabiskan sisa-sisa hidup dekat sini je. Tapi nak sampai sini tu azab sikit.
Selesai bersarapan, kami mulakan langkah kami. Kalau diikutkan itinerary asal, kami sepatutnya bermula dari Chomrong, dan hari ini bermula dari Chomrong kami akan bermalam di Himalaya. Tapi since kami teruskan berjalanan sehingga ke Lower Sinuwa, maka plan kami pada hari ini kami anjak tempat bermalam kami lebih tinggi, iaitu di Deurali.

Jikalau semalam kami bergerak dari Ghandruk pada jam 8.20 AM sehingga menyebabkan kami terpaksa berkejar masa takut sampai ke Lower Sinuwa lewat malam, kali ini kami bergerak lebih awal. Tepat jam 7:00 AM kami memulakan hiking kami. Route kami hari ini adalah seperti berikut:

HIKING DAY 4
Lower Sinuwa - Upper Sinuwa - Bamboo - Dovan - Himalaya - Deurali

Kalau kami sempat, kami akan teruskan perjalanan tidur di Machapuchre Base Camp (MBC) tapi tengoklah macam mana nanti. Dari Lower Sinuwa ke Upper Sinuwa ni boleh tahan juga. Awal-awal pagi dah kena mendaki. Takdelah jauh sangat pun dalam 1 jam dari Lower Sinuwa ke Upper Sinuwa. Dalam perjalanan tu, boleh pulak terserempak dengan seekor keldai yang berdiri kaku di tengah trek. Terkedu kejap. Dahla keldai tu hitam, besar pulak. Tak tahu nak buat apa. Kononnya cuba buat bising dengan mengetuk kayu hiking aku supaya dia beredar dari trek. Tak jalan. Trek tu dahla kecik je. Sebelah gaung, sebelah lagi tebing  yang agak curam. Aku try nak cross trek tu dengan memanjat tebing tu, tapi bila tengok keldai tu kaku, aku rasa boleh je aku lari cepat-cepat ke depan supaya dia tak tendang aku. Yes plan aku berjaya. Rupanya keldai tu tengah tido berdiri. Siol. Faisal pulak gigih panjat tebing tu. Nasib baik tak jadi apa-apa. Hehe. Dari Upper Sinuwa kami teruskan perjalanan menuju ke Bamboo.

Mendaki di siang hari dari Lower Sinuwa ke Upper Sinuwa.
Pemandangan dari Guest House Upper Sinuwa. If only kami sempat sampai ke Upper Sinuwa semalam. Mesti best dapat menikmati pemandangan pagi macam ni sebaik saja bangun t
Teruskan mendaki. Anda pasti berjaya..

Sempat merakam durasi masa perjalanan yang dipaparkan di guest house ini sebagai rujukan.
Dalam perjalanan dari Sinuwa ke Bamboo kami memasuki hutan yang seakan mossy forest kerana banyak lumut-lumut yang tumbuh pada dahan pokok, melalui anak-anak sungai yang berlumpur. Tak tergambar aku macam mana keadaan hutan ni bila musim panas. Sebab bila tibanya musim panas, bermakna bermulanya musim hujan. Kalau pada musim winter pun dah berlumpur berlecak, waktu hujan pula bagaimanalah rupanya? Kemudian kami merentas laluan yang dipenuhi dengan pepohon buluh di sepanjang trek. Barangkali dari situlah asalnya nama Bamboo.

Sekejap naik, sekejap turun.
Turun lagi..
Stretching kejap.
Kelihatan Machapuchare Mountains menghiasi pemandangan kami hari ini. Kalau translate Machapuchere Mountains ni bermaksud Fishtail sebab puncaknya berbentuk ekor ikan.

Teruskan perjalanan kami menuju Bamboo.
Aku suka route Sinuwa ke Bamboo ni. Cantik je, seperti berjalan dalam taman. Sambil dihiasi dengan gunung ganang dan tumbuhan menghijau dan langit yang biru. Sesedap mata memandang. Tengok la gambar-gambar dekat bawah ni. Mana buat kau tak lambat sampai? Kejap kejap berhenti ambil gambar. Sayang juga tak rakamkan pemandangan yang indah ni. Bukan boleh datang selalu macam pergi Tesco!

Siap ada ray of light lagi di balik gunung tu!

Mestila kena ambil gambar.

Mestila gambar empunya blog ditayangkan.

Ok cukup sudah ambil gambar. Hari ini, trek dipenuhi dengan tangga. Naik dan turunnya sama BANYAK. Kuatkan semangat demi menjejakkan kaki ke Annapurna Base Camp.
Teruskan perjalanan. Jangan menyerah. Masih ada lagi pemandangan yang indah di depan sana.

Sampai di Bamboo! Pemandangan di Bamboo kurang menarik kerana terlindung dengan gunung ganang yang besar. Tiada apa yang menarik.
Tibanya di Bamboo setelah 3 jam hiking dari Lower Sinuwa. Berehat sebentar 10 minit kemudian teruskan perjalanan menuju ke Dowan. Kalau dari Sinuwa ke Bamboo mostly tangga menurun, dari Bamboo ke Dovan pula lebih banyak tangga dan bukit menaik. Bukan setakat itu sahaja. Dovan ke Himalaya hinggalah ke Deurali kebanyakkanya menaik. Mengucap panjang semua dan teruskan perjalanan.

Memanjat naik pun bermula.
Melalui jambatan pula.
Dalam kepenatan tu juga sempat juga merakamkan detik-detik sengal. Dan pada masa yang sama tekak aku dah mula sakit. Nak bercakap pun susah.


Setelah merakamkan video di atas, punyalah bersemangat Faisal bercerita, tanpa kami sedar, rupanya.....


Begitulah. Penat sangat punya pasal. Sesampainya kami di Dovan, sempat kami makan tengahari. Disebabkan kami akan meneruskan perjalanan sehingga ke Deurali, maka kami hanya makan mi segera bagi mengalas perut yang sedang lapar.

Sampai sudah Dovan. Dovan agak cantik. Tempat ni macam baru je renovate sebab nampak sangat kemas dan bersih. Disebabkan musim winter, beberapa guest house akan ditutup secara bergilir kerana ia adalah kerana off season, so tak ramai hikers datang. Aman!
Salah satu guest house di Dovan.
Kebetulan pula bertemu dengan satu pasangan dari Singapore yang baru saja turun dari ABC. Mulalah kami bertanya bagaimana keadaan di ABC sekarang. Katanya cuaca sangat baik. Tak berapa sejuk dan dia pun setuju yang bahawa akhir bulan Disember merupakan waktu yang paling sesuai untuk datang ke ABC kerana cuaca yang sangat cemerlang dan tidak sesak dengan hikers dari seluruh pelosok dunia yang menyesakkan trek. Aku teruja. Dah tak sabar. Selesai makan, kami terus berangkat ke Himalaya seterusnya ke Deurali.

Melalui trek hutan menuju Himalaya.
Kemudian anda akan menyaksikan pemandangan seperti ini.
Perjalanan dari Dovan ke Himalaya mengambil masa selama 1 jam setengah. Manakala dari Himalaya ke Deurali mengambil masa dua jam setengah.

Melintasi air terjun. Kelihatan sebahagian daripada air terjun sudah mulai membeku.

Akhirnya, tepat jam 4:30 PM kami sampai ke Deurali. Disebabkan dah penat, kami bercadang nak bermalam di sini saja. So kami tak akan bermalam di MBC. Lagipun perjalanan dari Deurali ke Annapurna Base Camp hanya mengambil masa kira-kira 4-5 jam perjalanan. Esok kami ada masa yang panjang untuk mendaki secara santai. Check in New Panorama Guest House. Deurali kurang cantik juga pemandangan sekeliling kerana guest housenya menghadap gaung yang sangat tinggi dan terdapat tanah dan ais yang dah runtuh. Malam tu boleh dengar bongkah ais jatuh. Seram. LOL,

Sampai sudah Deurali.
Kamar tidur kami untuk malam ini di Deurali.
Dhal Bhat for dinner. Tak berapa sedap la sini. Kuah dhal pun cair. Macam curah air je atas nasi. Takpa, telan je. 
Esoknya adalah hari yang ditunggu-tunggu. Tak sabar rasanya nak sampai ke Annapurna Base Camp. Malam tu kami tidur lambat kerana asyik bergelak ketawa tentang benda-benda random yang kami bualkan. Padahal dah pewai gila dah tadi siang. Dan aku tidur pada malam tu dengan jantung yang berdegup dengan agak kuat tapi aku tak endahkan.Tapi dah kenapa pulak bergedup kuat ni?

Nanti aku cerita. Sekian.

Ini hotel guest house kami di Deurali.


UPDATE: BACA KISAH SELANJUTNYA DI SINI

You Might Also Like

2 Komen Pedas

Flickr Images

Subscribe