Annapurna Base Camp - Christmas 2015 : PART 1

9:54 PM

We are ready for our amazing journey.
So aku baru pulang selepas selesai misi pendakian ke Annapurna Base Camp minggu lepas. It was an awesome journey. Aku berjaya menjejakkan kaki ke Annapurna Base Camp dan aku berjaya kurus! Sekarang nak cerita kisah sepanjang perjalanan ke sana dan kronologi penurunan berat badan aku sebanyak 40 kg dalam masa 4 bulan sebelum aku berangkat ke Nepal. Teruskan membaca.

Sebenarnya tiket dah beli sejak bulan Mac 2015. Masa tu tengah plan-plan la untuk trip akhir tahun destinasi mana yang best untuk pergi, yang penting murah dan menjimatkan. Nak pergi China, masa tu musim heavy snow. Tak minat aku, nanti tengok dalam gambar semua putih je. Nak pergi bahagian Indo China pula musim hujan. Nak pergi Indonesia dah muak pulak. Nak pergi Kashmir, probably jalan ke sana tutup kerana salji tebal adalah tinggi. So aku pilih la Nepal. Walaupun Nepal sedang winter pada bulan December, tapi winter dekat Nepal ni bukanlah seteruk bulan-bulan yang lain.

Asalnya plan ke Nepal ni nak buat trek paling mudah dan ringkas je iaitu Ghorepani-Poon Hill Trek. Maklumlah masa tu masih gemok lagi dan AMS (Acute Mountain Sickness) masih menjadi concern utama kalau nak sampai ke Annapurna Base Camp. Itinerary Ghorepani-Poon Hill pun aku dah siapkan beberapa minggu lepas dah beli tiket flight. Excited gila la masa tu padahal nak terbang lagi 9 bulan. Macam nak tunggu ibu bersalin !

Jadi 10 hari terakhir bulan Ogos aku dah mula dah buat fitness workout. Masa tu fokus dekat workout je, Diet pemakanan tak jaga sangat. Bukit Beruang, Melaka menjadi lokasi training aku. Kadang-kadang pergi jalan kaki dua pusingan dekat Taman Botani, Ayer Keroh. Masa tu berat aku 118 kg. Menjelang awal September, aku timbang, amatlah mendukacitakan, hanya turun 3 kg je dalam masa 10 hari. Rasa macam sia-sia je aku exercise tiap-tiap hari. 3 kg in 10 days? Gila sikit. Aku cakap something wrong somewhere. Maybe sebab cara pemakanan aku. So bermula dengan berat 115 kg, aku mulakan diet dan workout.

Sampailah awal bulan Oktober, masa tu aku dah turun 13 kg dalam masa sebulan dek kerana nak kurus supaya hiking ke Ghorepani-Poon Hill ni berjalan lancar. Tak mahu lah termengah-mengah nak panjat kan, tengah jogging dekat Taman Botani, Ayer Keroh, aku bagitau Faisal (travel buddy yang akan turut serta ke Nepal nanti)

"Why not kita pergi Annapurna Base Camp? Lagipun benda ni once in a lifetime kan? Apa kata kita push ourself sampai ke ABC?" - something like that la. LOL

Kami berdua setuju. So segala itinerary Poon Hill tu dirombak sehabis-habisnya. Siang malam aku research pasal route Annapurna Base Camp ni. Sampaikan aku dah hafal laluan dia tanpa perlu tengok peta. Plan asal nak naik domestik flight, Yeti Airlines ke Pokhara. Harga masa tu return journey RM600+-. Masa tu berita krisis minyak dekat Nepal masih samar-samar dan Ringgit ketika itu masih ok untuk convert dalam USD$. Sekali dah menjelang pertengahan November, harga flight jadi RM1100. Puncanya kerana nilai Ringgit dah jatuh dan krisis minyak Nepal telah memaksa Yeti Airlines menaikkan tembang penerbangan. Pasrah. Rasa macam nak beli je terus flight tiket masa tu, tapi at the same time aku cuba cari option lain yang lebih murah.

Memang ada tourist bus dari Kathmandu ke Pokhara, tapi kalau kami naik tourist bus, kami terpaksa naik pada pagi hari berikutnya, seawal 7:30 pagi dan akan sampai pada waktu petang. Mana sempat nak hiking dah. Kami cuma ada masa 10 hari di Nepal. Sehari di Kathmandu, Sehari di Pokhara, hari ke-3 baru nak mula hiking, confirm tak sempat. Kalau naik flight, hanya mengambil masa kira-kira setengah jam perjalanan dan kami boleh terus hiking pada hari yang sama. Masalah domestik flight mahal sangat. Tak berbaloi. Macam beli tiket flight return KL-Kathmandu padahal tiket domestik je.

Nasib baik aku terjumpa satu blog, Lakwatsero milik pengembara dari Filipina iaitu Angel. Dan yang lagi best, kisah dia hiking ke ABC tu adalah hampir sama dengan tarikh aku ke Nepal. Iaitu pada musim Christmas. So aku dah boleh bayangkan keadaan muka bumi ABC tu berdasarkan gambar-gambar yang Angel upload. Beliau buat trek Annapurna Base Camp dalam masa 8 hari dan Angel cerita dia naik bus malam. Bagaikan mentari yang muncul di balik gunung Machapuchare, ada harapan trip ABC ni menjadi lebih awesome. So aku mulalah research pasal night bus Nepal ni. Tak banyak info yang aku dapat. Maybe sebab tak ramai orang guna pengangkutan ni agaknya. So aku e-mail lah Angel untuk tanya pasal night bus tu, dan confirm night bus tu memang wujud. Dan Angel beritahu yang dia akan ke ABC sekali lagi. Sayangnya tarikh dia balik dari Nepal tu adalah pada tarikh aku tiba di Nepal. Kalau tak, boleh hike sekali. Hehe.

Aku buat research lebih mendalam lagi dan terjumpalah aku discussion pasal night bus Kathmandu-Pokhara ni dekat dalam forum Tripadvisor. Ramai tak recommend night bus ni sebab laluan Kathmandu-Pokhara ni bukan macam highway PLUS. Tambahan lagi dahla bas bergerak waktu malam, risiko bas masuk gaung adalah tinggi. TAPI since aku dah merasa naik public bas dari Berastagi ke Medan yang boleh tahan harunya, apalah sangat public bus Kathmandu-Pokhara ni kan. So, aku berhasrat nak naik juga.

Maka night bus antara Kathmandu-Pokhara ni menjadi penyelamat duit dan masa aku dan menjadi pelengkap itinerary menuju Annapurna Base Camp yang aku buat berbulan-bulan. Itinerary, persiapaan dan gear semua dah sedia. Maka tibalah masa untuk kami berangkat ke Nepal. Flight kami depart sehari sebelum Christmas, rasa excited, dedau, berdebar semua ada. Perasaan bercampur baur.

Sehari sebelum berangkat, aku pergi timbang, alhamdulillah, genap 40 kg aku loss dalam masa kurang dari 4 bulan. Gila punya achievement and I like it. As at today, berat aku adalah 75 kg. Hehe. Well done Sapik.

23/12/2015 genap turun 40 kg. 
September 2015 : loss 13 kg
Oktober 2015: loss 10 kg
November 2015: 9 kg
December 2015: 8 kg


So berbalik kepada trip ke Annapurna Base Camp.. nak tahu apa yang jadi? Nantikan posting seterusnya. Punyalah panjang, ni semua mukadimah je. LOL

UPDATE: BACA SAMBUNGAN SETERUSNYA DI SINI

You Might Also Like

0 Komen Pedas

Flickr Images

Subscribe