Annapurna Base Camp - Christmas 2015: PART 4
6:55 AMSAMBUNGAN KISAH KE ANNAPURNA BASE CAMP. CLICK SINI UNTUK MEMBACA KISAH SEBELUMNYA
Sebaik saja tiba di Nayapul, kami segera menuju ke warung berdekatan untuk bersarapan dan bersiap-siap sebelum memulakan pendakian. Nayapul merupakan starting point. ada beberapa lagi starting point yang boleh anda cuba dalam Annapurna Sanctuary ni dan Nayapul antara yang paling popular.
Sempat aku bersarapan dan tukar baju yang dah seharian tak ditukar, tambahan lagi tak mandi sejak tiba di Nepal. Aku jenis kalau hiking takkan aku makan benda berat, nanti loya, terus tak jadi hiking. So aku order black tea dan sekeping donut sahaja pagi tu. Since aku tak beli hiking pole, aku belilah dua batang hiking stick yang diperbuat daripada kayu. Malas nak bawak balik nanti hiking pole ni semua. Dah habis hiking, buang saja. Harga pun murah, sebatang hanya Rs.30 (RM1.20). Perlu diingatkan hiking pole penting ya sebagai kaki ke-3 anda sepanjang menelusuri Banjaran Himalaya ni. Jarang aku bertembung dengan hikers sepanjang hiking ke ABC tanpa hiking poles. Kalau nak beli proper hiking pole, belilah yang berkualiti sikit. Kalau setakat yang 2 batang RM30 tu, baiklah pakai kayu ye sebagai hiking poles.
Pukul 11 kami start hiking. Bermula dari Nayapul, kami akan bergerak ke Ghandruk. Sepanjang perjalanan tu, akan lalu lah kampung-kampung dan tea house. Route kami pada hari partama adalah seperti berikut:
![]() |
Hey mari mulakan misi ke Annapurna Base Camp. Masa mula-mula nak start beriya betul pakai jacket bagai. Sekejap je pakai, tak sampai 10 minit kot? Lepas tu dah bukak dah. Panas kot. |
![]() |
Kejernihan airnya. |
![]() |
Cantik eh? Rasa macam nak minum je semua yang mengalir. Lagi-lagi lepas dah turun naik gunung bagai nak rak. |
![]() |
Pemandangan yang mengasyikkan. |
![]() |
Welcome to Nepal |
![]() |
Lepas melepasi jambatan. Akan lalu pula Checkpost ni. Kali ni, kena tunjukkan entry permit ACAP tu pada pegawai bertugas untuk direkodkan. Takde permit ni, takboleh hiking dalam Annapurna Santuary. Sebenarnya permit juga boleh dibuat disini, tapi cajnya akan jadi double. Iaitu berharga Rs.4000 (RM160+-) instead Rs.2000 sahaja jika dibuat di Nepal tourism Board (NTB) |
![]() |
Checkpost untuk permit ACAP di Birethanti. |
![]() |
Pemandangan sekitar Kimche on the way ke Ghandruk. |
![]() |
Macam best je kan ada rumah dekat sini. |
![]() |
Sekarang musim winter, bermakna musim kering. Jadi tiada tanaman yang hidup dan semuanya akan bertukar menjadi lereng-lereng bukit keemasan. Kalau nak tengok tempat ni menghijau, boleh datang masa musim panas. |
Kami mulakan hiking pada pukul 11AM dari Nayapul. Tibanya di Ghandruk pun dah malam, tak nampak apa. Kenalah pakai headlamp (benda ini penting juga!) Pukul 6PM dah segelap jam 8PM waktu Malaysia. Check-in Annapurna Guest House, Ghandruk. Dia bagi bilik dengan 2 katil berharga Rs.350. Ok sangat dengan bajet yang aku estimate. Masuk bilik, mandi, tukar baju semua. Turun semula untuk dinner sebab seharian tak makan. Lunch harini pun skip sebab nak kejar masa.
![]() |
Inilah Dhal Bhat ke-2 aku. Aku rasa antara semua Dhal Bhat yang aku telan sepanjang dekat Nepal ni, dekat Annapurna Guest House ni la yang paling sedap. Maybe sebab dia letak atas pinggan emas kot? LOL. Habis makan, masuk bilik, lepak-lepak kejap. Then tidur. |
![]() |
Ok goodnight semua. Gigih ni masuk dalam sleeping bag ni. |
UPDATE: BACA SAMBUNGAN SETERUSNYA DI SINI
0 Komen Pedas