Annapurna Base Camp - Christmas 2015: PART 5

6:06 AM

SAMBUNGAN KISAH KE ANNAPURNA BASE CAMP. CLICK SINI UNTUK MEMBACA KISAH SEBELUMNYA

Pengalaman hari pertama bermalam di Ghandruk memang selesa. Kalau korang nak bermalam di Ghandruk, aku recommend koang stay dekat Annapurna Guest House & Restaurant ni. Hotel selesa, katil empuk, dhal bhat sedap. Murah pun murah. Kalau korang datang secara solo, jangan risau, mereka akan caj perkepala walaupun bilik yang korang dapat dalamnya ada dua katil. Contoh harga bilik twin bed Rs.300, kalau datang sacara solo dia hanya akan caj Rs.150.

Bangun pagi pukul 6:00AM. Terus masuk bilik air. Nasib baik bilik air sebelah bilik je. Bukak pili air, tak panas pun. Kata ada hot shower. Geram je rasa. Dengan mengigil-gigil aku gagahkan juga nak mandi. Pukul 6:30AM turn Faisal pula mandi. Ehhh ada pula hot shower. Sangkaan aku maybe 6:30AM baru dia bukak heater. Takpelah. Dah mandi. Dia punya sejuk sampai terasa ke sum-sum tulang. Selesai mandi, siap-siap, kemas bagpack, kemas katil dan turun untuk breakfast.

Pagi ni aku tak order makanan berat. So aku order black tea untuk dicicah bersama biskut kelapa. Cukuplah. Takboleh berat-berat. Nanti masa hiking aku muntah. Lepak-lepak sekejap dekat dining hall, then final packing. Tiba-tiba bila keluar je kat luar hotel, macam tak percaya, betapa indahnya pemandangan luar Annapurna guest House & Restaurant ni!

Pemandangan snow capped mountains. Yang hijau ni lah Annapurna Guest House.
Pemandangan sekitar hotel.
Indah kan.
Banjaran himalaya yang dapat dilihat di sekitar Ghandruk.
Sedar tak sedar dah lebih satu jam menghadap ambil gambar dekat luar hotel ni. 
 Jam menunjukkan pukul 8:20 AM, bergegas kami check-out, dan angkut bag-bag kami yang berat ni dan memulakan langkah kami untuk hari kedua hiking menuju Chomrong. Cuaca pagi hari kedua agak nice. Sejuk memang sejuk, tapi aku dah mula boleh membiasakan diri dengan cuaca dekat Nepal ni. Hehe. Maka bermulalah ekspedisi kami untuk hari ke-2.

HIKING DAY 2
Ghandruk - Kimrong Danda - Kimrong Khola - Chomrong

Pagi-pagi menghirup udara segar bercampur dengan bau tahi keldai dan kerbau memang terbaik.

Hampir ke situ.
Salah satu perkampungan di Ghandruk yang bakal kami rentas.
Patutlah orang cakap Ghandruk antara kampung tercantik diantara semua kampung sekitar Annapurna Sanctuary ni.
Guest House dengan pemandangan banjaran Himalaya. Mana kau nak dapat?
Amannya dapat menghirup secawan black tea sambil menyaksikan pemandangan gunung-ganang ni. Dekat sini, tiada laluan kenderaan. Satu-satunya cara untuk sampai ke sini adalah dengan kaki. 
Dalam perjalanan dari Ghandruk ke Kimrong Danda Pagi-pagi ni bolehla nampak laluan-laluan yang dah membeku kerana cuaca yang terlalu sejuk pada malam semalam.
Sempat pose walaupun masa ni dah nak tergelincir sebab laluan ni licin. Nasib baik tak tergolek kebawah. 
Penat memang penat. Laluan Ghandruk ke Chomrong ni memang jauh dan terasa lamanya. Tapi sepanjang perjalanan korang akan disajikan dengan pemandangan yang mengasyikkan. Kalau boleh, nak aja aku tangkap gambar-gambar pemandangan lagi. Tapi apa yang korang nampak ni semua lebih baik korang tengok dengan mata sendiri. So sila datang sini ! Wkwkwkwk.

Selepas 2 jam hiking tanpa henti, kami berehat sebentar di sebuah pondok tepi trek. Alhamdulillah cuaca sangat baik. Pemandangan sangat clear tanpa kabus mahupun awan. We are so lucky datang pada waktu ni.

Rehat.
Sempatlah snap apa yang patut masa rehat tu. 
Makin lama makin dekat.
Sorry over sikit.
Melayan perasaan sebenatar.
Selepas 10 minit berehat, kami sambung perjalanan kami. Destinasi kami barangkali di balik gunung ini. Tak tahulah berapa banyak gunung kami dah rentas. 
Clear kan. Ni waktu tengahari. 



Merentas anak sungai.
Merentas jambatan. Panjang jugak jambatan ni.
Dah rentas jambatan, mendaki pulak.
Mendaki.
All the best.
Good luck.
Pheww. Sampai dah atas. Turun naik turun naik...
Tangga pulak!!! Adoyai. Time ni rasa nak maki je. Dah aku pun dah tak kuasa dah nak tangkap gambar. Lagi tangkap gambar nanti lagi lambat sampai. Hahaha.
Excited weh. Makin lama makin dekat. Tak sabar. 
Hello.

Dah naik, turun pulak.
Lalu kawasan sekolah. Yang atas tu gerbang sekolah dekat Kimrong Khola ni. Bestnyaaa life dekat sini ye. Aman damai, tinggal atas gunung. Ahhhhh..life is a bliss.
Layan view ni sekejap.
Lawa tempat ni. Tapi sayang tak ada guest house berdekatan. Hanya ada rumah-rumah warga setempat je.
To Chomrong here we go. 
Plan asal nak bermalam di Chomrong. Tapi since jarak antara Chomrong dengan Lower Sinuwa hanya satu jam, so kami teruskan perjalanan lagi sampai Lower Sinuwa. Kalau dari Chomrong dah boleh nampak Lower Sinuwa tu. Sebab perkampungan ni berada di gunung berbeza dan menghadap antara satu sama lain. Perjalanan mengambil masa 1 jam. Walaupun kau dah nampak dah Lower Sinuwa tu sebab dari Chomrong, kena turun sampai ke jambatan yang merentas sungai, kemudian mendaki semula sampai ke Lower Sinuwa. Siot kan. Mendaki lagi. Dahla dah nak gelap. Siap aku pasang headlamp siap-siap khuatir belum sampai Lower Sinuwa dah gelap gelita. Beg dahla berat. Pasrah.

Pemandangan dari Lower Sinuwa.
Selepas lenjan menggunakan kudrat yang masih berbaki dari Chomrong, akhirnya kami sampai Lower Sinuwa pukul 5:00 PM. Itu pun dah nak senja dah, ala-ala waktu Maghrib gitu. So kami pilih guest house yang paling atas, sebab esok tak perlulah mendaki lagi kan. Namanya Sherpa Guest House. Bilik Rs.300 per malam. Agak nice sebab dia bagi tebal gila blanket. Masuk bilik, bersihkan badan, turun untuk dinner, then masuk bilik terus tidur sebab penat gila. Pagi puas lah sebab pemandangan sepanjang Ghandruk ke Lower Sinuwa ni cantik.

The next day lagilah cantik sebab dah naik dekat. Aku dah tak sabar dah. Macam tak percaya pun ada jugak sebab dah sampai. Yelah, selalu hiking dekat dengan rumah je, paling jauh pun hiking dekat Gunung Ijen dekat Banyuwangi tu. Nantikan sambungan seterusnya ya. Adios!


Lagi satu, di Lower Sinuwa.
UPDATE: BACA SAMBUNGAN SETERUSNYA DI SINI

You Might Also Like

0 Komen Pedas

Flickr Images

Subscribe