Panduan Membuat Tourist Visa Nepal di Malaysia

8:10 AM

Genap lagi seminggu menghitung hari bakal berangkat ke Nepal untuk ekspedisi Annapurna Base Camp aku bersama Faisal. Dup dap dup dap rasanya sebab sekarang sedang winter di Nepal. Lagi-lagi di Annapurna Base Camp. Hope everything going smooth. Insyallah.

So sebelum berangkat, aku nak cerita bagaimana korang nak buat tourist visa Nepal.

Ada TIGA cara nak dapatkan visa:

  • VISA ON ARRIVAL - Sebaik sahaja korang tiba di Tribhuvan International Airport Kathmandu, korang perlu dapatkan V.O.A untuk masuk negara Nepal di kaunter Immigration. Harganya USD $25 (Kalau korang takde USD, boleh pakai RM, tapi ikut rate semasa). Aku tak pilih cara ni sebab proses mengambil masa yang sedikit panjang kerana kami berdua mengejar masa. Hanya ada 4 jam saja di Kathmandu. Nak buat TIMS & ACAP lagi, nak shopping gear hiking lagi. So VOA bukan pilihan aku.
  • APPLY DI NEPAL EMBASSY DI MALAYSIA - Ini cara yang aku pilih. Sebab pertama kerana nak jimat masa bila sampai airport nanti. Yang kedua sebab nak merasai pengalaman apply visa dekat Embassy of Nepal di Malaysia. Gedik kann. Haha. Harga untuk 15 hari multiple entry visa adalah RM95.Boleh rujuk website Embassy of Nepal untuk update harga terkini.
  • APPLY THRU TRAVEL AGENT DI MALAYSIA - kalau korang kesuntukan masa di Kathmandu, dan kesuntukan masa nak kena apply cuti semata-mata nak hantar borang buat visa ni, boleh juga apply thru travel agency. Cari je mana-mana travel agency berdekatan korang, request untuk buat visa Nepal. Caj sama je macam kau pergi sendiri, campur minyak, tol semua. Macam si Faisal, dia buat thru travel agency. Travel agency hanya caj RM30 saja. So RM95+RM30+GST = RM126.80 sahaja. Cost tak banyak beza pun, dan menjimatkan masa kau. Aku gedik nak pergi sendiri. Kalau tak takde benda aku nak update dalam blog ni. HA HA.
Sebenarnya boleh je kau wakilkan kawan kau untuk submit visa application form tu di Embassy of Nepal. Tapi aku baru tahu lepas Faisal dah submit document dekat travel agent. Takpelah, at least now I know! Hehe.

Step-by-step apply tourist visa Nepal di Malaysia:
  1. Download VISA APPLICATION FORM di website Embassy of Nepal, Malaysia. atau boleh terus download dekat sini . Isikan borang tersebut.
  2. Tepek satu gambar passport korang dekat Visa Application Form tu.
  3. Sediakan photostat passport korang dan kepilkan bersama borang tadi.
  4. Sertakan sekali passport original korang
  5. RM95 (Macam aku, kalau korang ke Nepal in less than 15 days, Kalau 30 hari is RM155, 90 days RM380
  6. Pergi ke Nepal Embassy di Wisma Paradise Level 1 untuk buat submission dan pembayaran. Ambil resit. Selesai, Balik. Sekian. 
Senang je nak cari Wisma Paradise ni. Dari LRT Masjid Jamek, jalan kaki tak sampai 10 minit dah sampai dah. Bangunan Wisma Paradise berdekatan dengan Menara AIA lama. Kalau tak jumpa jugak? Tanyalah security guard area KL ni, deorang tahula sebab tu tempat deorang buat gathering. LOL. Meh aku tunjuk suasana dalam Embassy of Nepal di Kuala Lumpur.

Haa inilah suasana dalam Nepal Embassy dekat Wisma Paradise. Ada bau bacin sikit la tempat ni, macam bau rumah kongsi.
Sampai je depan entrance Wisma Paradise ni, tanyalah security guard tu mana nak buat visa. Dia akan beritahu suruh pergi Level 1. Unik sikit Nepal Embassy ni. Segalanya kau kena berdikari. Pandai-pandailah bila sampai Nepal Embassy ni kalau tak kau menganga je sebab dia takda direction apa pun. Apa yang kau nampak dalam gambar ni itulah yang aku nampak. Tak ada nombor giliran ye. So aku sampai je level 1, aku tanya mana kaunter nak buat visa. Ada 4 kaunter ni. Aku pergi yang barisan paling sikit orang beratur. Sampai giliran aku, rupanya dia suruh pergi ke kaunter yang paling ramai tu. Tapi jangan risau, foreigner (Malaysian) tak perlu beratur, terus cut cue. So kau hanya perlu hantar document-document yang kau dah lengkapkan tu, bayar dan ambil resit pembayaran. Tak sampai 5 minit. Perlu diingatkan, submission time adalah diantara pukul 9:30 am sampai 12:30 pm ye.

Inilah contoh resit pembayarannya. Selesai dapat resit, balik.
Visa siap dalam masa satu hari. So hari berikutnya aku datang semula. Harus pergi ke Level 3 untuk collect passport korang yang dah ada bertampal visa. Waktu collection adalah pada pukul 2:00 pm sampai 4:30 pm ya. Ni lagi satu. Sampai je tingkat 3. Yang ada tulis depan entrance hanyalah Embassy of Nepal je. Masuk je tingkat 3 tu kau adakan nampak beberapa office yang sediap depan pintunya tertulis Second Officer. Ketuk je mana-mana pintu, tanya la mana nak collect passport kau. they are ready to assist you. Dah dapat passport, balik. Sekian.

Horrey. Visa dah siap! i'm ready!
Ok itu saja. Nantikan updates seterusnya!

You Might Also Like

0 Komen Pedas

Flickr Images

Subscribe