Annapurna Base Camp : Christmas 2015 - PART 8

9:21 AM

Aku tak sangka post aku berkenaan Annapurna Base Camp ni ada orang baca. Serius tiba-tiba rasa excited nak sambung cerita pasal trip ke Annapurna Base Camp waktu Christmas ni! Here we go, hiyah! Bagi yang kali pertama datang ke blog purba aku, ni aku listkan semua:

ABC - Christmas 2015: Part 1
ABC - Christmas 2015: Part 2


Kali pertama bermalam di Annapurna Base Camp tu bagi aku adalah suatu pengalaman yang priceless! Tak tergambar rasanya dengan tulisan dan kata-kata! Nasib baik simtom AMS tu reda dan kami tidur nyenyak sampai ke pagi.

Bangun pagi, bersiap-siap dan sarapan dan menghirup black tea sambil menikmati pemandangan gunung-ganang sekeliling base camp. Thrill betul rasanya! Hampir ke pukul 8AM, kami memulakan langkah turun. Target kami kalau boleh sejauh yang boleh, iaitu Chomrong. Trek ABC ni senang, kalau dari Chomrong, hanya ada satu laluan ke ABC, laluan itu yang kau naik, laluan tu juga kau akan guna untuk turun. Untuk trek menurun, laluannya macam ni:

ABC - MBC - Deurali - Himlaaya - Bamboo - Sinuwa - Chomrong

Guest House tempat kami menginap
Ini la gunung Annapurna South (Puncak paling tinggi),  Berdiri megah pada ketinggian 8,091 m dan gunung ke-10 tertinggi di dunia.

Landmark paling popular bila kau sampai Annapurna Base Camp. Inilah Faisal. Salam perkenalan semua.

Mestilah kena ambil gambar jugak! Once in a lifetime punya trip ni! Eh.

So kami tinggalkan bendera besar gedabak tu dekat situ bersama bendera-bendera negara lain. Selamat tinggal ABC!

Ini pemandangan dari belakang menurun menuju MBC.

Ini pula pemandangan yang menghadap Annapurna Mountain. Puncak paling kanan tu orang panggil Fish Tail mountain atau Machapuchare. Memang besar gila.

Map dekat Deurali

Pemandangan gunung Machapuchare dari Deurali.

Map dari Dovan

Kalau mengikut itinerary asal, dari ABC kami akan turun sampai ke Lower Sinuwa. Kalau kami sempat, nak turun sampai Chomrong. Malangnya tenaga pun dah tak ada, akhirnya kami mengalah dan bermalam di Lower Sinuwa. Oklah tu, sebab dari Lower Sinuwa ke Chomrong menurun je. Trek mudah. Sedihnya dah nak balik!

Sorry tau sebab kualiti gambar tak menepati piawaian korang. DSLR dah arwah. iPhone Faisal battery dah nazak. Jadi Lumia aku jelah masa ni yang boleh dipakai bagi merakam momen-momen indah di Annapurna!

Decoration depan Guest House di Lower Sinuwa.
Makan malam di Lower Sinuwa

You Might Also Like

0 Komen Pedas

Flickr Images

Subscribe