Lebaran Karimunjawa : Part 1

7:49 AM


I was stumbling some travel blogs then suddenly an idea pop out from my little little mind (sweetnyeee :p). Terasa nak merekodkan kenangan-kenangan indah semasa beraya di Pulau Karimunjawa tahun lepas. Sebenarnya dah lama nak carita pasal trip Karimunjawa ni, tapi jejari runcing ni lemah gemalai je nak menaip kan, so selama setahun terperaplah cerita beraya di pulau nun dauh di perantauan ni. So harini terasa rajin giler lepas baca satu travel blog ni yang me-review pasal Karimunjawa, terus berkobar-kobar nak update blog kan. Jadi, ayuh mulakan!


Hello Welcome to Karimun. Dah makan?
So alkisahnya, plan nak ke Pulau Karimunjawa ni sebenarnya adalah plan last minit, tak silap aku 4 hari sebelum perjalanan baru nak start tengok peta lah, beli tiket lah. I’m actually not so excited to go there, takut nanti tak cukup duit incase overbajet + aku tak suka laut, masin. My friend Azlan yang beriya-iya gila nak pergi, yelah, dahla time tu beraya dekat negara orang (cehh macam jauh je kan), aku dengan Lan saje, takkan nak duduk rumah seminggu kot cuti. So I told myself, why not try kan, jadi backpackers, tak cuba, tak tahu. So we planned our journey, siap buat belanjawan bagai supaya tiada ketirisan bajet berlaku (macam urusan negara kan? Hahaha). Gigih google tips-tips dari blog backpackers yang dah pernah pergi Karimunjawa, tengok google maps, tanya jiran-jiran sebelah, telefon embassy  Malaysia (eh) supaya tak sesat dan tak overbajet.

So aku dah buat kira-kira, bajet dari Jogjakarta – Karimunjawa adalah RP 1, 000 000. (RM350, Juta-juta je, Posen-posen ni orang Malaysia je sebut. Muahaha). Ini include pakej backpacking, tiket bas, tiket feri segala). Lan bajet dalam RP 800,000, aku upkan, sebab dia bajet based on minimum punya estimation, mana boleh. Aku tak suka bajet macam tu, biar ada lebih sikit, incase ada apa-apa berlaku ke. Kalau tak ada, duit tu simpan masuk tabung jelah kan. Better to have something rather than nothing. Kekekek
So kami order la pakej backpackers via Fb Karimunjawa for Backpacker yang bertarikh 1-3 September 2011 (Mereka ni sebenarnya group yang rajin menganjurkan trip ke Karimunjawa, bukan agensi pelancongan). 3 hari 2 malam. Dahla last minit, nasib baik ada, sebab most pakej dari agency lain semuanya dah habis pada tarikh tu. Kebanyakan orang pergi Karimunjawa tu mostly bukan Islam (aku Islam ok) sebab nak menghabiskan masa cuti kan. Maka bermulalah eskpidisi ke Karimunjawa.

Kami memulakan perjalanan dari kost kami di Kaliurang KM12.5 menuju Amplaz Plaza menaiki taxi pada pukul 9PM malam 31 Ogos 2011 (Merdeka!). Naik taxi Vios ok. Ongkos taxi RP 45,000. Dari Amplaz Plaza, ada bas yang dikhaskan untuk fetch kitaorang telah menunggu di sana pukul 11PM dan akan terus menuju ke jeti Jepara. Tiket bas berharga RP 70,000 sekepala. Perjalanan mengambil masa selama 6 jam. First time naik bas dekat Jogja ni, jangan espect macam bas Maraliner ke, Transnasional ke ye, RapidKL pun jauh sekali, ia sebenarnya macam mini bas.  Tempat duduk dia kecil naauzubillah. Ruang antara kerusi depan dan kerusi kau kecil banget. Nasib baik time tu yang naik bas hanyalah aku, Lan  dan satu family ni. Mereka pun otw ke sana. + perjalanan adalah pada waktu malam, kalau tengahari aku rasa aku dah patah-patahkan kerusi dalam bas tu. Tak selesa kot, 6 jam. Tapi oklah, pemandu dia cekap, bawak smooth je. (sedapkan hati sobs sobs)

Maka sampailah kami ke jeti Jepara di Semarang pada pukul 530AM. Feri pukul 8AM kan? So ada masa lagi 3 jam untuk melanguk. So melanguklah kami di depan jeti tersebut. Time tengah melanguk tu, sempatlah mengisi kekosongan perut dengan Mi Ayam dan Nasi Gudeng. Setiap satu menu tersebut berharga RP 5000. So total RP 10000 (RM3.50). Murah kan kalau convert ke RM? HAHAHAHA.  

Sedang berjalan menuju ke feri di waktu pagi di Aidilfitri yang ke-3.
Jam 8AM, bertebaranlah kami menuju ke arah feri yang sedang menunggu kami (Heh). Ok harga tiket feri ni dah termasuk dalam pakej, mereka dah belikan untuk kami. Time dekat jeti mereka dah pass tiket tersebut, if I not mistaken harga feri hanya RP7500. FYI, tiket tersebut tak ada nombor seat, so berebutlah masing-masing mencari tempat duduk. 5 jam weh atas laut, takkan nak berdiri kan. Aku siap tarik-tarik rambut, bergolok bergadai semata-mata nak dapatkan tempat duduk, sebab memang pack giler dalam feri tu. :p. Dengan panas lagi. Nasib menyebelahi kami, dapat jugak tempat duduk.

Aku tengok ada yang terpaksa duduk dekat lantai, tepi tangga, berbaring, semua ada. Dah macam bot pelarian dah. Dalam tiket tulis pukul 8AM bot bertolak, tapi sampai pukul 10 barulah bertolak (janji Jawa, gahahha JK!) Kau bayangkan lah, duduk tak boleh nak gerak-gerak sebab kiri kanan dah penuh orang, tak giler? (Yelah nak murah dapatlah murah, silap sendiri jugak kan takkan naik speedboat. FYI naik speedboat mengambil masa 2-3 jam saja, tapi harganya RP 60 000)


Suasana dalam feri. Panas, stress muntah berleluasa. 
Maka 10AM feri bertolak dari jeti Jepara ke Pulau Karimunjawa. Part ini adalah part yang paling mencabar sepanjang trip ke sana. 5 jam dalam feri, tak ada air cond, TV pun tak ada, sesak. Lepas 2 jam atas laut, dah start dah muntah sorang demi sorang dalam feri tu. Nasib baik I ni maintain je tau, terasa nak muntah tu ada, tapi tahan je. Fuh memang azab, kalau karam feri tu tengah laut, aku redha je. LOL.

Keadaan semasa feri berlabuh, masing-masing berusaha untuk keluar dari feri secepat mungkin kerana muntah dah melimpah ruah atas lantai feri. HAHA

SAMPAI sudah!!!
By 3PM maka sampailah ke jeti Karimunjawa! Time ni aku dah taubat dah taknak naik feri tu lagi, biarlah aku tinggal je dekat Karimunjawa selama-lamanya. Mintalah sapa-sapa fetch aku pakai chopper ke, trauma kot. Hahahah. Maka crew Karimunjawa for Backpacker pun menyambut kedatangan kami, lalu dibawa ke homestay. Dekat homestay ni kami digabungkan dengan group lain, so masa nilah aku dapat kawan baru, Aldo dan Debby, couple dari Semarang, dan Mas Prima dari Surabaya. Tuan rumah menyambut kedatangan kami dengan mesra sekali, keadaan homestaynya sangat selesa, bersih.

Hari pertama dekat Karimunjawa tu aktiviti bebas, so kami ke jeti tempat nelayan menunda bot mereka. Indonesia lambat 1 jam, tapi malamnya cepat 1 jam. So pukul 6PM dah boleh tengok sunset macam pukul 7PM. Ya sunsetnya memang sangat indah although aku ni bukan menghayati sangat tengok sunset ni. Apa tah nak feeling aku pun tatau. Lepas tengok sunset, kami pulang ke homestay, tuan rumah dah sediakan makanan. Menu kampung je, tapi memang enak. Tempe dan keropok mesti ada dalam apa juga menu yang dihidangkan di Indonesia. Dekat Indonesialah saya mula jatuh cinta dengan tempe, tambahan bila tempe tu dipotong nipis, kemudian dicelup tepung dan digoreng setengah garing, wuuu heaven.


Sunset yang sangat superb. Ini dinamakan golden hour.


Leftover Boat

Very beautiful place! So many picture will be uploaded next! Oh dari kiri : Azlan, Debby, Aldo, Mas Prima & Me. :)

I think I should stop here first. Too many picture nanti susah lambat giler nak load. Up next, Lebaran Karimunjawa part II! Nantikan! Jeng jeng jeng!  




UPDATE : Baca kisah selanjutnya DI SINI. Lebaran Karimunjawa Part 2.

-syafiqsyahan - 

You Might Also Like

0 Komen Pedas

Flickr Images

Subscribe