Lebaran Karimunjawa : Part 2

8:28 AM


p/s : Sila baca Lebaran Karimunjawa Part 1 dulu untuk mengetahui kisah sebelumnya.

*maaf typo bersepah. Mengantuk lah dei. Turu turu*

Sedang menaiki kapal untuk ke destinasi pertama.
Hari ke-2 pula seawal jam 10 pagi, kami dah bersiap-siap nak adakan menjalani aktiviti snorkeling pertama kami. Laut Karimunjawa sangat jernih, macam air mata air. Dekat bahagian laut mana tah, mereka bawa kami, dan terapung-apunglah kami di atas laut sambil melihat keindahan terumbu karang Karimunjawa. Orang tempatan kata (aku kan foreigner dekat sana), Pulau Karimunjawa ni adalah pulau yang ke-2 yang harus dilawati setelah Bali, ini kerana, tahap ketersampaian Pulau Karimunjawa dari ibu negara Jakarta lebih dekat berbanding Bali. Tambahan pula, Bali over expensive, most hotel di sana bayar guna dollar dan dah macam oversea sebab ramai sangat mat salleh yang invade tempat tu, bukan orang Indonesia. (orang tempatan kata eh, tak beritahu je).


Lets start the journey !

Jernih kan? Sayang air ni masin, kalau tak aku dah telan je. Air dia jernih giler. Nampak sedap untuk jee. Looks soo fresh.


Finding Nemo.

Hai, dah makan?
Setelah selesai bersnorkeling, kami dibawa ke Pulau Menjangan Besar untuk lunch. Fuh memang best, makan cumi-cumi (sotong) dan ayam bakar. Gila kentang banyak sotong yang dibakar, semuanya gede gede (besar besar) Memang puas hati makan. 


Sampai di Pulau Menjangan Besar


Hari ke-3 pun begitu juga, kami dibawa snorkeling ke 2 tempat. Tak tahu apa namanya. Kemudian kami dibawa ke ladang ikan yu (ladang pun boleh). Di situ, kami dibenarkan berenang di dalam kolam yang diletakkan lebih 30 ekor ikan yu. Besar-besar ikan yu tersebut, rasa macam nak terkam je. Kekeke. So sempatlah bercamwhore dengan hiu – hiu yang sporting itu. Bila fikir balik, kenapa kita nak kena takut dengan ikan hiu eh? Hiu makan orang ke? Maybe sebab bentuk hiu macam anak jerung kot, sebab tu kita jadi takut. Adelah beberapa aktiviti melawat beberapa pulau-pulau yang cantik di situ. Lepas sunset, baru kami dibawa pulang ke homestay.


Pulau Menjangan Besar. If i not mistaken ls. Pulau ni memang pulau semata-mata. Tak ada facilities apa-apa. Yang menjadi tarikan adalah kelilingnya air biru yang sangat jernih. 



Mereka sedang bertungkus-lumus membakar sotong yang sangat enak untuk kami. 

Cumi-cumi bakar! Memang sangat sedap. Tambahan cicah  sos yang special tu.
Kicap + cili boh mentah + cili api + asam jawa. Fuh lain macam wei.
Lapau kot. 

Kolam ikan hiu!
Ini pulau lain pulak. Tak tahulah nama dia. Tak ingat aku.
Destinasi terakhir hari ke-2. Tempat ni adalah daratan di tengah-tengah lautan. Pasir semata-mata, Tak ada pokok apa. Kami dibawa ke sini untuk melihat sunset.

Jumpa ikan ni tersesat kot. Kesian dia.

Sweet couple
Shot terakhir sebelum pulang ke homestay.
Sepatutnya kami balik pada malam hari ke-2 tu menaiki feri sebab feri hanya datang setiap dua hari. Kalau tak balik malam tersebut, maknanya kami kena tunggu lagi 2 hari untuk pulang. Oleh kerana dah trauma (hehehe) naik feri, jadi kami bercadang naik nak naik speedboat saja, so kena tambah extra RP100,000 terus bawa kami ke Jeti Semarang, bukan Jeti Jepada (Semarang ada banyak jeti). Speedboat akan ambil kami pada keesokan harinya. Maka pada malam tu pergilah merayap di sekitar  kawasan kampung, konon nak cari survenir, last-last tak beli. Banyak survenir yang merapu dan harga yang sangat tak masuk akal. So aku decide nak beli survenir dekat Malioboro sahaja, sebab dekat sana banyak yang cantik-cantik dan murah.


Malam tu sesaje marasa es dawet (ais dakwat). Sedap boleh tahan, macam ABC dah cair, tapi dalam ada tambah roti. Nyum nyum.
Betapa kuatnya pengaruh Upin Ipin ni sampai merentas Pulau Karimunjawa yang boleh dikatakan  pulau yang masih dara.
Hari ke-4 kami dah bersiap-siap untuk pulang. Sebelum pulang, sempat bersiar-siar sekitar kampung sebab kapal cepat akan bertolak jam 3PM. Sedih kot part ni, anak tuan rumah siap nangis-nangis bila dia tahu kami nak balik. Tuan rumah pun macam sedih je nak lepaskan kami (ni mesti bahana banyak sangat menanton sinetron). Kami pun sedih juga, tapi gagahkan juga balik sebab tiket dah beli. LOL


Meraung kot. Cian dia. Dahla duduk situ tak ada kawan. Sobs sobs.

Adios karimunjawa. Haa..itulah kapal cepat kami. Kartini1 namanya.


Perjalanan menaiki speedboat dari Jeti Karimunjawa ke Jeti Semarang mengambil masa selama 4 jam. Sesampai kami di Jeti Semerang, jam menunjukkan sudah pukul 730PM. Part ni, kami buntut. Eh buntu, sebab tak tahu macam mana nak pulang Jogjakarta. Sebab dalam plan, kami sepatutnya pulang naik feri menuju jeti Jepara! Mujur ada Aldo yang sudi membantu kami, carikan transportation yang boleh bawa kami sampai ke rumah di Jogja. Alhamdulillah, nasib baik ada service Van Cipaganti yang ada trip dari Semarang je Jogja. So belilah tiket dari Semarang ke Jogja. Harganya RP 75,000. Trip bertolak pukul dalam pukul 9PM dan sampai di agency Cipaganti kira-kira pukul 12AM. Dari agency Cipaganti tu kami kena naik taxi untuk pulang ke kost di Kaliurang KM12.5. Rupanya agency tu dekat je, kira-kira 20 minit perjalanan, dan sampai rumah dah. Ongkos taxi, RP 30,000. Akhirnya kami sampai juga di kost kami. So sampai kost, terus aku buat calculation berapa banyak duit yang telah ditiriskan.


Bajet: RP 1,000,000.
Pakej : RP 670,000
Taxi (Kaliurang - Plaza Amplaz) : RP 45,000/2 org
Bas (Amplaz Plaza - Jepara) : RP 70,000
Isi perut (LOL) di Jepara : RP 10,000
Van Cipaganti (Semarang - Jogja) : RP75,000
Taxi (Agensi Cipaganti Jogja - Kost) : Rp 30,000/2 org
TOTAL: RP 862,500

So aku masih ada extra RP100,000. Bolehlah beli survenir dekat Malioboro! Yay, bajet ditepati!


Overall perjalanan dan percutian ke Karimunjawa memang mengasyikkan. Terasa rindu pulak nak pergi ke sana semula. So tahun 2013 ni plan nak berbackpacking, nak berjalan seorang-sorang, tapi masih belum tahu ke mana nak pergi, moga-moga plan ini menjadi. Kita plan, Allah tentukan, harap-harap menjadi. Till then, bhubye !


- syafiqsyahan -

You Might Also Like

0 Komen Pedas

Flickr Images

Subscribe