Ini adalah sambungan daripada trip Annapurna Base Camp aku akhir tahun 2015. Bagi yang pertama kali membaca blog ini, jemput baca dahulu post terdahulu aku ya.
Bangun pagi, siap-siap dan sarapan. Misi kami kali ini adalah nak habiskan trek. By hook or by crook, hari ini mesti sampai Pokhara! Dari Lower Sinuwa, kami menurun untuk merentas jambatan, kemudian memanjat ratusan tangga hingga ke atas Chomrong.
Di pertengahan laluan Chomrong, kami akan membelok ke kiri menuju Jinhu Danda. Jinhu Danda ni ada hot spring. Kalau korang anda lebihan hari, boleh menginap di guest house sekitar Jinhu ni. Kami malas, jadi kami skip aktiviti bermandi manda dan terus turun sejauh yang boleh. Bermula dari Chomrong, trek semuanya menurun dan route perjalanan kami macam ni:
Lower Sinuwa - Chomrong - Jinhu - New Bridge - Siwai
Turun senang? Jangan harap. Kalau manaik itu memenatkan, yang menurun pula menyakitkan. Kami jadi slow sikit sebab buku lali Faisal dah luka sikit akibat pakai high cut, dia geram, so dia buang kasut high cut dia dan pakai selipar jamban aku. Pakai all the way from Dovan tak silap aku, sampailah ke bawah. Kaki sebelah pakai hiking boot, sebelah lagi pakai selipar jamban, power tak?
Dalam perjalanan dari Chomrong ke Jinhu kami terlalu satu laluan yang salah menyebabkan kami terpaksa berpatah semula ke laluan asal sampai terlambat lebih satu jam. Hajat di hati nak sampai dekat Siwai sebelum pukul 430PM hampir samar-samar sebab dah tersesat. Tapi kami tetap optimis.
Bila sampai di Nayapul, ambil barang dan tunggu public bus yang akan bawa kami ke Pokhara. Bajet kami ketat masa ni, jadi kami hanya ada option naik public bus ke Pokhara yang berharga Rs 150 seorang. Perjalanan mengambil masa 2 jam dari Nayapul ke Pokhara. Walaupun radio dalam bas macam pesta dengan keadaan bas macam nak terbalik, akibat terlalu penat, kami tertidur sampailah tiba di tengah-tengah bandar Pokhara.
Bila tiba di tengah Pokhara, konon nak bukak MAPS la, sekali pening tengok peta. Nasib baik dah print booking hotel, jadi tanya-tanya la orang ramai dan kedai yang berdekatan. Aku pilih Hotel Grand Holiday berdekatan dengan Lakeside. Tak sangka Lakeside ni panjang giler. Dalam 30 minit juga berjalan kaki sebab berlagak taknak ambil taxi takut kena scam. LOL.
Dan akhirnya kami sampai di Hotel Grand Holiday. Entah macam mana, akibat kepenatan, bilik twin kami mereka upgrade jadi Suite. Jadi kami dapat bilik paling atas sekali dengan sangat besar. Memang penat masa tu jangan cakap, sebab sampai pun dan nak dekat pukul 10PM, bayangkan dari pagi hiking, naik taxi, naik bas, jalan kaki sampai malam, tak ke penat? Dapat mandi air panas masa tu memang rasa macam dekat syurga. Misi Annapurna Base Camp pun selesai! Malam tu adalah malam paling nyenyak kami tidur dekat Nepal.
Pemandangan waktu subuh dari Lower Sinuwa |
Di pertengahan laluan Chomrong, kami akan membelok ke kiri menuju Jinhu Danda. Jinhu Danda ni ada hot spring. Kalau korang anda lebihan hari, boleh menginap di guest house sekitar Jinhu ni. Kami malas, jadi kami skip aktiviti bermandi manda dan terus turun sejauh yang boleh. Bermula dari Chomrong, trek semuanya menurun dan route perjalanan kami macam ni:
Lower Sinuwa - Chomrong - Jinhu - New Bridge - Siwai
Turun senang? Jangan harap. Kalau manaik itu memenatkan, yang menurun pula menyakitkan. Kami jadi slow sikit sebab buku lali Faisal dah luka sikit akibat pakai high cut, dia geram, so dia buang kasut high cut dia dan pakai selipar jamban aku. Pakai all the way from Dovan tak silap aku, sampailah ke bawah. Kaki sebelah pakai hiking boot, sebelah lagi pakai selipar jamban, power tak?
View dari Chomrong ke Jinhu |
Pemandangan yang dapat dilihat semasa menuju Jinhu. |
Sempat la ambil gambar walaupun dah sesat! |
Bila menurun ni banyak terasa dekat lutut. Jadi tak boleh terlalu laju, sebab banyak laluan yang curam, silap sikit boleh terus jatuh ke bawah.